IMAGINASI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK


SINOPSIS

 Melalui topik ini, anda telah didedahkan dengan beberapa teori yang sangat
signifikan di dalam dunia pendidikan khususnya  bidang pendidikan seni visual. Di dalam konteks pengajaran seni visual kepada kanak-kanak, pengetahuan tentang teori-teori ini amat penting kerana ianya bukan sahaja dapat membantu guru secara langsung di dalam pengajaran, tetapi juga membantu guru memahami proses perkembangan kognitif dan bagaimanakah maklumat perkembangan di dalam setiap peringkat proses dapat dimanipulasikan oleh guru di dalam pembelajaran secara berkesan. Seterusnya guru didedahkan dengan pendekatan-pendekatan yang boleh diambil mengikut teori-teori yang dikemukakan di dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam kelas seni.

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat;
1. Memahami definisi imaginasi dan kreativit kanak- kanak berdasarkan peringkat  perkembangan   fizikal, emosi, rohani, sosial, mental dan estetik.
2. Mengetahuai tahap imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam pengutaraan tampak.
3. Mengetahui ciri-ciri imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.
4. Menghuraikan konsep imaginasi dan kreativiti kanak-kanak.

IMAGINASI

PENGENALAN

Imaginasi adalah bayangan yang dibuat oleh fikiran dan mempunyai kuasa yang sangat kuat. Kuasa tersebut disambung ke minda untuk membayangkan sesuatu. Pengimejan dan menggambaran berkait rapat antara satu sama lain untuk menghasilkan sesuatu imaginasi.Proses imaginasi ini melibatkan pemikiran dan perkara yang kita lihat  atau dengar. Kanak-kanak memerlukan imaginasi untuk membantu proses pembesaran mereka.Imaginasi memberi impak yang besar kepada kanak-kanak untuk menghadapi masa hadapan, Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif.

Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya. Beri galakan dan sokongan kepada kanak-kanak disamping itu mengawasi imaginasi yang mereka lakukan itu berlandaskan budaya setempat dan tidak bertentangan dengan agama. Kanak-kanak yang berfokus akan menjurus kepada perkembangan kreativiti yang baik.


MENINGKATKAN DAYA IMAGINASI KANAK-KANAK

      Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni visual untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipat gandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, mencipta serta mereka cipta sesuatu benda yang  baru ataupun media-media yang baru sesuai dengan keperluan mereka.

Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil seni mereka.

Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsangdaya imaginasi mereka.

Imaginasi & kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.
Pelbagai jenis alat dan media, contohnya alatan asas seperti kertas lukisan, berus, warna dan krayon. Penggunaan gambar-gambar foto seperti gambar foto haiwan, bangunan, pemandangan dan pelbagai lagi objek alam yang lain ia boleh dijadikan sebagai sumber idea kanak-kanak  meniru imej tersebut untuk dimanisfestasikan di dalam karya mereka.
Melalui rakaman video dan penggunaan ICT, guru boleh menggunakan rakaman video dan menayangkan kepada kanak-kanak di bilik media atau bilik  pandang dengar.

Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan alatan digital dan elektronik dengan menggunakan perisisan yang ada contohnya  penggunaan computer, pengimbas, kamera digitak, pencetak dan internet pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan.

Melalui pengalaman deria juga dapat meningkatkan imaginasi kanak-kanak.
Setiap insan normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihatdan deria sentuh.

Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan.

KREATIVITI DAN KANAK-KANAK
PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif dan inovatif bagi membangunkan negara. Usaha yang disarankan ini dilihat sangat relevan dengan aspirasi pendidikan seni visual kerana subjek ini dilihat sebagai satu cabang disiplin yang membolehkan fikiran kreatif berkembang kerana sifatnya yang tidak konservatif dan tidak jumud. Hoffa (1964) menjelaskan bahawa program dan aktiviti seni visual seharusnya dijadikan landasan terbaik bagi proses pembelajaran di sekolah untuk mengembangkan kreativiti di kalangan murid. Selain menggalakkan penjanaan idea, mata pelajaran ini banyak memberi peluang dan kebebasan kepada murid untuk melakukan eksplorasi dan percubaan bagi menghasilkan sesuatu karya yang baik. Dalam hal ini, pemupukan pemikiran kreatif perlu disemai semenjak kanak-kanak lagi. Guru-guru pendidikan seni visual perlu menguasai kaedah merangsang minda ke arah pembentukan individu kreatif.

KREATIVITI

Mengapa pengetahuan tentang kreativiti amat penting kepada guru pendidikan seni visual?

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, salah satu daripada tanggungjawab guru pendidikan seni adalah memupuk daya kreativiti di kalangan murid-murid (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003). Guilford (1964) pula menerangkan bahawa kebolehan intelektual yang diproses oleh minda manusia mempunyai lima bentuk operasi iaitu kognitif (cognition) yang melibatkan proses mental dari sudut penerimaan dan pemprosesan maklumat, memori (memory) merujuk kepada kaedah mengingat dan penyimpanan data, pemikiran korvergen (convergent production) merujuk kepada satu bentuk keupayaan pemikiran yang memusatkan perhatian kepada penyelesaian masalah secara khusus, pemikiran divergen (divergen production) yang dapat dilihat sebagai kebolehan pemikiran yang bersifat pelbagai dan bercapah; dan akhirnya penilaian (evaluation) merujuk kepada penilaian atau pertimbangan bagi sesuatu tindakan.
Pemikiran kreatif dapat diklasifikasikan di dalam golongan pemikiran divergen kerana sifat dan fitrah pemikiran kreatif itu pelbagai, dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu kaedah sahaja. Justeru, adalah penting bagi guru-guru pendidikan seni visual untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.

PENGERTIAN KREATIVITI
  Sebelum meneruskan pembacaan dalam bab ini, berikan takrifan anda sendiri tentang kreativiti. Bagaimana dapat kita menilai tahap kreativiti seseorang individu?
Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza ini adalah berpunca daripada istilah kreativiti dalam pelbagai bentuk sesuai dengan kajian dan pandangan tokoh-tokoh akademik dalam bidang dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

Secara ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Justeru, kreativiti sebenarnya boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklasifikasikan kemahiran berfikir secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai kebolehan ‘kreatif’ biasanya mempunyai perasaan istimewa dan eksklusif kerana individu ini dianggap mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).

PANDANGAN TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITI

E. Paul Torrance
  Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang terkenal dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula dari tahun 1957 hinggalah 1984, bermula di University of Minnesota hinggalah ke University of Georgia, Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjayanya ialah apabila beliau berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tahap kreativiti seseorang individu, dan beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (intelligent quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektuali seseorang melalui instrumen ciptaannya ‘Torrence Test of Creative Thinking’.                                                                                  
Sepanjang hidupnya, Profesor Dr. Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan lebih daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku, monograf, artikel, ujian, manual dan material pengajaran. Bagi menghargai sumbangannya dalam bidang akademia dan psikologi, pada tahun 1984 University of Georgia telah menubuhkan Torrence Centre of Creativity and Talent Development.

June King McFee
June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Ringkasnya, Jun Macfee menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. Mcfee melihat bahawa idea boleh dimanipulasikan menjadi sesuatu yang baru dan mampu diolah.

    Antara sumbangan June King McFee dalam bidang pendidikan seni ialah pengiktirafan yang berjaya diperolehi daripada perjuangannya yang melihat bahawa Seni tidak seharusnya terhad kepada hasil karya seni sahaja, malah terdapat pengalaman estetika di dalam semua objek di persekitaran. Menurut McFee, seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Untuk memahami seni secara holistik, seni perlu dikaji di dalam konteks budaya serta komuniti; melihat bagaimana manusia di dalam sesuatu komuniti menjalankan kehidupan harian mereka dan menterjemah kemampuan mereka dalam menghasilkan transformasi identiti manusia dalam bentuk seni. Oleh itu, usaha-usaha perjuangan seni McFee mempunyai elemen orientasi komuniti yang tinggi.

Carl RogersCarl Rogers
Carl RogersCarl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Chicago, Amerika Syarikat dan merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik. Bapanya merupakan seorang jurutera sivil manakala ibunya pula ialah seorang suri rumah sepenuh masa.  Rogers melanjutkan pelajaran di University of Winsconsin dalam bidang pertanian dan kemudian menukar bidangnya dalam pengajian agama. Sepanjang hidupnya, Carl Rogers lebih dikenali sebagai seorang ahli psikologi yang terkemuka dan pengasas kepada Client-centered Therapy. Ini kerana beliau telah bertukar bidang sekali lagi ke psikologi  klinikal apabila beliau melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafahCarl Rogers.

Di dalam teori terapinya, Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan.  Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif.  Rogers mempunyai  takrifan yang unik tentang kreativiti. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, melalui rasa sayang sesama insan serta  yang terbaik dalam bidang yang diceburi.

Konsep kreativiti Rogers ini mempunyai persamaan dengan konsep generativiti Erik Erikson, seorang lagi pengemuka teori dalam bidang perkembangan manusia dan sosial. Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan satu proses yang wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan tindakan ke atas perkara tersebut.

Victor Lowenfeld Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab membangunkan teori Lowenfeld ‘Stages of Artistic Development’ yang banyak digunakan oleh warga pendidik khususnya di dalam bidang pendidikan seni visual sebagai rujukan dan penerangan untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut perspektif lukisan. Lowenfeld menjelaskan bahawa kita sering kali terkeliru di antara daya intelektualiti dan kreativiti. Menurutnya lagi, galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan.
Kajian /analisis lukisan kanak-kanak

Peringkat Pre-schematic
                 




          
Fatin Syahfinaz bt Suleiman (6 tahun)
Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran memainkan pengaruhbesar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya seperti objek awan, matahari, pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objekpertama (imej pokok). Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal di kampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikapmereka pada seni dan persekitaran. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangat petah bercakap. Beliau menghasilkan  lukisan ini dan menjadikan pengalamannya  untuk menghasilkan lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran rumahnya. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkan pemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasil adalah tidak logik bagi orang dewasa. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tanda contengan mula hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok,matahari, kereta. Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianya adalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Perhatikan objek-objek yang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz.

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age










Nur Ain Fatihah bt Mohd Daud (11 tahun)
KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age

Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakansebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka. Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakan sebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina melalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepada kesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagi menggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan dan sebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalam lukisan mereka. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkan lukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakan bertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam  garisan tersebut.

No comments: