TEORI KREATIVITI OLEH VICTOR LOWENFELD



Beliau di lahir di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeld merupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of Fine Arts dibandar yang sama. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of  Vienna dan telah bertugas sebagai seorang guru sekolah menengah. Beliau dilantik menjadi Pengarah Kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrah ke England sebelum kembali ke United States. Beliau bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai ‘wartime visual aids consultant’ dalam tentera laut. Beliau menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagai pembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni diinstitut ini dan dilantik menjadi Pengerusi Art Department. Beliau berhijrah ke The Pennsylvania State University dan menjawat jawatan sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Beliau juga terkenal dengan Visual-Haptic theory in Art Education yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna dan merupakan seorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The National Committee dalam Pendidikan Seni. Beliau meninggal dunia pada tahun 1960.
Teori kreativiti Victor Lowenfeld.
Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya. Victor Lowenfeld (1975)  percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Lowenfeld  membangunkan teori Lowenfeld Stages of Artistic Development. Galakan mengembangkan pemikiran kreatif dikalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang  boleh diukur melalui 4 komponen utama iaitu kelancaran (fluency), fleksibel (flexibelity), keaslian (originality), kepekaan (sensitiviti).

Pada proses kelancaran, idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Ia berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut atau alternatif kepada penyediaan masalah. Proses fleksibel pula, ia mula mempamerkan semangat  toleransi. Mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi selain mempunyai keyakinan yang tinggi. Seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. Seterusnya proses keaslian adalah proses dimana seseorang itu sentiasa mencari idea baru dan asli. Tidak membuat peniruan daripada mana-mana sumber yang tersedia. Seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mestilah berdasarkan cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. Proses yang terakhir adalah proses kepekaan yang bermaksud proses mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap rakan sebaya, ciptaan dan estetika. Dalam proses ini, ia menggunakan semua deria pacaindera untuk membuat pengamatan dan merekod butiran yang diperolehi. Individu perlu mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

No comments: