Elemen Asas Lukisan


ELEMEN ASAS LUKIS
Kualiti Garisan



Kualiti garisan sangat penting dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Garisan dapat membentuk imej. Kualiti garisan memberi kesan ilusi, penegasan kepada objek yang dilukis dan boleh membentuk mod sesuatu karya. Unsur garisan amat penting dalam karya lukisan yang merupakan kerja peringkat awal untuk menghasilkan catan, arca, ataupun mural.

Perspektif 
Perspektif dalam bahasa latin disebut perspicere bermaksud melihat terus, merupakan representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata dalam seni grafik seperti lukisan. Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang sempurna. Perspektif boleh terdapat 1 titik lenyap, 2 titik lenyap, 3 titik lenyap dan perspektif pelbagai titik lenyap dalam sesebuah karya. Perspektif adalah salah satu lukisan berbentuk 3 dimensi. Berbeza dengan lukisan 2 dimensi, lukisan 3D lebih mudah difahami. Di dalam lukisan persembahan senibina, lukisan perspektif merupakan suatu kaedah kita melihat objek dalam bentuk 3 dimensi.


Kesan Pencahayaan
Karya akan lebih menarik sekiranya pengkarya dapat memanfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Ini dapat memberi mood pada karya tersebut.




           
Jalinan
            -dibentuk melalui garisan & kesan warna
            -dibentuk melalui garisan silang, bintik, garisan bergoris dan sebagainya.
            -juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton
5. Ruang
            -ruang perlu dibahagi dengan  sempurna
            -3 jenis ruang; ruang dalam, ruang cetek & ruang datar adalah bergantung kepada susun atur objek yg akan dilukis.

6. Struktur
            -perlu ditentukan sebelum menghasilkan sesebuah lukisan
            -harus membentuk struktur yang betul agar lorekan untuk membentuk imej
             menjadi lebih menarik. Lukisan terkini banyak menggunakan struktur.
7. Bentuk
            -kajian bentuk digabungkan antara perspektif, ton, jalinan & struktur
            -bentuk-bentuk  asas seperti ulat, segiempat, kun dan sebagainya
8. Corak & reka bentuk
            -umumnya adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya , dominasi keseluruhannya.

TEKNIK LUKISAN
1
HATCHING  -melukis guna garisan selari
2.   CROSSHATCHING –siri garisan yang selari arah tetapi ditindan dengan siri lain pada arah berlainan /berbagai arah

3. SGRAFFITTO  - teknik mengikis 1 warna menggunakan objek keras seperti pallete knife untuk mendedahkan warna di bawahnya. Teknik ini sangat sesuai dengan penggunaan oil pastel yang mana sesuatu lukisan akan dilukis dengan warna bertindan-tindan & berkeadaan lembab untuk dikikis dengan objek tajam   

     
4. BLENDING –akan menghasilkan lukisan yang mempunyai perubahan tona & warna yang lembut, bukan sapuan yang jelas kelihatan.   -satukan warna guna jari/kertas gulung  

5. BURNISHING –lanjutan drpd kaedah Blending. Tanda pensel/pastel ditekan ke dlm kertas & menghasilkan kesan yang pantul /berkilat.Selalu diguna pada peringkat akhir. Pemadam juga boleh diguna.

6. FROTTAGE – teknik ini juga dikenali sbg teknik gosokkan.
kertas diletakkan di atas permukaan yg berjalinan sentuh yang rata dan digosokkan dengan pensel untuk mendapatkan jalinan objek tersebut.
7. BLOT DRAWING –menggunakan tompokkan dakwat yang terjadi secara spontan.kemudian tompokan itu diolah menjadi sesuatu lukisan dengan tambahan unsur garisan/gubahan
8. SCRAPERBOARD –papan putih yang disapu dengan dakwat hitam yang membolehkan papan itu dikikis dengan alatan tajam.
9. VIGNETTING  -sering digunakan dalam melukis potret menggunakan pastel. Membawa maksud gambar atau motif yang tidak mempunyai sempadan, juga tidak punyai latar. Warna kertas sendiri jadi latar/ support.




MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan. Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air. Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum. Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN
Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis. Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan. Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.

Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

Jenis
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan. 

PENSEL 
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar – samar. 

ARANG 
sebuah karya menggunakan pensil arang

Pensil arang

Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi 
mengelakkan comotan. 

PEN DAKWAT 

Imej menggunakan pen dakwat
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan. 
Pen dakwat
PEN MATA BOLA 
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.
Pen mata bola
Contoh karya menggunakan pen mata bola
PEN FELT 
Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan. 








CONTE CRAYON 
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang. 

KRAYON LILIN 
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik. 

PASTEL 
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna. 

BERUS 
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.
           

5 comments:

Aily said...

Kalau "teknik ton", bagaimana ya?

Tdy said...

Ton penting dalam pencahayaan. Ton merujuk kpd terang gelap sesebuah objek yg dilukis. pencahayaan merupakan aspek penting dalam lukisan terutamanya lukisan objek lutsinar. Keupayaan menghasilkan ton menggunakan pelbagai teknik lukisan dapat menghasilkan gambaran 3D sesuatu objek. Arah cahaya harus dikenal pasti sebelum menghasilkan ton pada objek yang hendak di lukis.

Wan Hamid said...

boleh terangkan teknik smuge?

Wan Hamid said...

boleh terangkan teknik smuge?

Tdy said...

Teknik smuge atau Smuge Painting adalah istilah yang digunakan dalam menghasilkan digital art, bermula dari gambar foto yang kemudian berubah mirip karya catan atas kanvas hanya dengan mengaplikasikan smuge tool yang terdapat dalam perisian photoshop. Kini terdapat beberapa perisian yang dilengkapi dengan kemudahan utk menghasilkan karya teknik smuge.