Ilustrasi


Ilustrasi
Ilustrasi merupakan satu paparan visual yang dipersembahkan samada dalam bentuk lukisan, gambar foto atau karya seni lain untuk menjelaskan maklumat (seperti sebuah cerita, sajak atau rencana akhbar) melalui satu persembahan visual dalam bentuk grafik.  Tujuan ilustrasi adalah untuk menerangkan atau menghiasi suatu cerita, tulisan, puisi, atau informasi tertulis lainnya. Diharapkan dengan bantuan visual, tulisan tersebut lebih mudah dicerna. Ilustrasi dapat memperjelas teks atau ungkapan  terutama bagi kanak-kanak yang belum mampu membaca.
Threshing of grain. c. 1422-1411 BCE
       Ilustrasi merupakan bentuk visual dari teks atau ungkapan. Dengan menggambarkan suatu adegan dalam sebuah cerita, ianya dapat menerangkan secara umum karakter atau keseluruhan isi cerita. Selain itu, ilustrasi berfungsi untuk menarik pembaca agar tertarik untuk membaca cerita. Sebuah ilustrasi yang dipaparkan dalam sebuah majalah berfungsi sebagai pendukung estetik dari sebuah cerita. Selain fungsi tersebut, ilustrasi juga  dapat mewakili perwatakan  cerita yang ditampilkan, ada korelasi antara visual dan latar belakang cerita.

Fungsi
Menurut Baldinger (1986:120), ilustrasi adalah seni membuat gambar yang berfungsi untuk memperjelas dan menerangkan naskah. Sedangkan menurut Jan D. White (1982:110) ilustrasi adalah sebuah tanda yang tampak di atas kertas, yang mampu mengkomunikasikan permasalahan tanpa menggunakan kata. Ia dapat menggambarkan suasana, seseorang, dan bahkan objek tertentu agar dapat menarik penggambaran suasana yang dapat membawa pembacanya ke alam cerita. Kemahiran ini tentunya memerlukan ketajaman minda dari seorang ilustrator.

Selain itu, seorang ilustrator harus menguasai anatomi tubuh manusia, binatang, dan bentuk-bentuk benda lainnya secara benar, dan dapat mengatur komposisi yang baik, memiliki gaya atau ciri yang khas agar ilustrasinya menarik, dan menguasai teknik menggambar. Oleh yang demikian, seorang ilustrator harus pandai menggambar, menguasai berbagai macam bentuk benda, anatomi manusia dan binatang, dan mahir dalam menggunakan alat-alat gambarnya, serta menguasai berbagai cara menggambar.
Fungsi khusus ilustrasi antara lain:
  • Memberikan bayangan setiap karakter di dalam cerita
  • Memberikan bayangan bentuk alat-alat yang digunakan di dalam tulisan ilmiah
  • Memberikan bayangan langkah kerja
  • Mengkomunikasikan cerita.
  • Menghubungkan tulisan dengan kreativiti dan individualitas manusia.
  • Memberikan humor-humor tertentu untuk mengurangi rasa bosan.
  • Dapat menerangkan konsep
Ilustrasi berfungsi untuk
  • Menarik perhatian.
  • Merangsang mint pembaca terhadap keseluruhan pesan.
  • Memberikan eksplanasi atas pernyataan.
  • Menonjolkan keistimewaan daripada produk
  • Memenangkan persaingan
  • Menciptakan suasana khas
  • Dramatisasi pesan.
  • Menonjolkan suatu merk atau semboyan dan mendukung judul iklan.
 Ciri-ciri ilustrasi yang baik antaranya
  • Keaslian dan rekaan yang kreatif
  • Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
  • Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
  • Boleh mempengaruhi dan menambat hati dan perasaan pelanggan
  • Menggunakan alat dan bahan dengan betul
  • Disesuaikan dengan tema dan tajuk
  • Pengolahan prinsip rekaan yang berkesan.
  • Rupa bentuk ilustrasi ringkas dan mudah diingati, warnanya berkesan.
  • Ciptaan mempunyai pengertian dan mesej yang jelas
Bentuk ilustrasi awal telah digunakan di dalam kerajaan purba Mesir dalam bentuk gulungan daun papyrus dan kertas kulit. Ciri khas ilustrasi tersebut berupa dekorasi naskah dengan pewarnaan, dan gambar dengan hiasan tepi bersalut emas.  Konsep ilustrasi juga awal juga dapat ditinjau kembali ke zaman silam melalui lukisan dinding prasejarah dan konsep tulisan hieroglyph.
Ilustrasi awal tamadun Mesir menggunakan warna dan kertas yang diperbuat dari papyrus 
      Perubahan pesat berlaku terhadap ilustrasi selepas Perang Dunia  Pertama disebabkan kepesatan suratkhabar, majalah, dan buku berilustrasi yang memungkinkan adanya eksperimen teknik oleh pengkarya. Banyak ilustrator yang menjadi kaya dan terkenal. Tema yang mendominasi adalah hasil aspirasi usahawan Amerika ketika itu.
     Di Eropah, seniman pada masa keemasan dipengaruhi oleh kelompok Pre-Raphaelite dan gerakan-gerakan yang berorientasi kepada desain seperti Arts and Crafts Movement, Art Nouveau, dan Les Nabis. Contohnya Walter Crane, Edmund Dulac, Aubrey Beardsley, Arthur Rackham dan Kay Nielsen.
Pada kurun ke 16, sekolah-sekolah seni di Jerman menunjukkan komitmen yang tinggi dalam   penghasilan ilustrasi. Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran. Pada kurun ke 17, dengan diketuai oleh Rembrandt, ilustrasi terus berkembang meliputi pelbagai aspek dan subjek.


Young Hare Albrecht Dürer,1502

Lion resting - Rembrandt 1652


Ilustrasi Maklumat - Carta, rajah, graf
Biasanya ilustrasi maklumat digunakan untuk menerang prestasi sesebuah organisasi korporat. Gambaran untung rugi akan lebih jelas dan mudah dilihat untuk membuat perbandingan melalui persembahan rajah-rajah yang berkesan.
Ilustrasi jenis lain seperti peta jalan, topografi, rajah, dan gambar yang menerangkan sesuatu situasi serta keadan atau faktor-faktor yang memberi maklumat juga boleh digolongkan dalam kumpulan ini.
Digunakan untuk menerangkan kedudukan perniagaan sesebuah organisasi korporat
Berfungsi sebagai sumber maklumat yang dipaparkan dalam bentuk tajah, jadual, carta, peta dan pelan

Dipetik dari Malaysia Property News

ILUSTRASI FESYEN

Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan dan tempat tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan yang berfungsi sebagai pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain. 
Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.
Pengetahuan tentang evolusi berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asal-usul pakaian yang dipakai sekarang. Terdapat tiga aspek  mengapa manusia perlu berpakaian, iaitu aspek fisiologi, aspek psikologi dan aspek sosiologi.
Ilustrasi fesyen popular sejak 1920an untuk menggambarkan pakaian semasa. illustrasi jenis ini ketika itu tiak mementingkan figuratif dan lebih bertumpu kepada kehalusan dan ketelitian rekaan fesyen. Ilustrasi fesyen moden lebih bergaya. Ketelitian diberi kepada posisi tubuh figura untuk memberi kesan visual yang unggul pada rekaan pakaian.
Ilustrasi fesyen juga mengaplikasikan pelbagai alat, bahan, media, dan teknik selain daripada pensel, pen, dakwat yang digunakan pada peringkat awal. terdapat juga ilustrasi bagi fesyen rambut, kasut, dan sebagainya.
Ilustrasi fesyen adalah seni yang unik. Pembuatanya memerlukan keseimbangan antara gambar dan rincian pakaian yang utuh. Inilah sebabnya mengapa ilustrasi fesyen termasuk keterampilan yang cukup sulit untuk dikuasai.
Salah satu bidang kerjaya yang memenlukan kreativiti seseorang individu itu ialah bidang seni reka fesyen. Dunia bidang fesyen sentiasa berubah mengikut perkembangan masa. Pada hari ini kita boleh lihat pelbagai jenis fesyen direka bentuk dan dicipta.
   Bidang ini sebenarnya bukanlah bidang yang menjadi ajaran monopoli kaum wanita, sebaliknya boleh diceburi oleh kaum lelaki juga. Ramai juga pereka fesyen lelaki yang terkenal dan berjaya, dalam dunia rekaan fesyen masa kini sama ada di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.
   Kemahiran dalam mencipta fesyen yang disesuaikan dengan pemilihan jenis kain serta padanan warna yang betul sudah tentu akan nampak menarik jika dipakai oleh pemakainya.
  Misalnya, kebaya labuh yang menggunakan fabrik sutera dengan motif beranika,
dipadankan dengan selendang bersesuaian warna, sudah tentu penampilan pemakainya begitu anggun sekali. Dalam hal ini, seorang pereka perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan memilih warna dalam membuat rekaan fesyen agar sesuai untuk dipakai mengikut masa dan persekitaran. Jika tersalah pilih akan  menampakkan kejanggalan kepada si pemakai.
  Pereka fesyen perlu mengetahui tentang keseluruhan jenis pakaian, jenis kain dan fesyen  sama ada untuk lelaki, wanita atau kanak-kanak yang mempunyai pelbagai citarasa dan minat. Pereka faesyen yang baik sudah tentu dapat memenuhi mengikuti kriteria seperti di atas.
  Sebenarnya, tugas seorang pereka fesyen ialah untuk menghasilkan idea dan lakaran menarik sesuatu fesyen yang diciptanya. Selain itu, untuk mencetuskan idea dan kreativiti yang menarik, sudah tentu tugas mereka memerlukan masa yang panjang dalam menghasilkan sesuatu fesyen itu.

No comments: