Taketori Monogatari - Pemotong bambu (Cerita Rakyat Jepun)

Taketori Monogatari -Kisah di sebalik karya cetakan ukiyo-e 1914 oleh Kobayashi Kokei











Suatu masa dahulu, ada seorang pemotong bambu yang tinggal di dalam sebuah kampung. Dia sangat miskin disamping rasa sedih kerana tidak dikurniakan anak sebagai penghibur dan sebagai harapan agar dia boleh berehat di penghujung usia sehingga dia meninggal dunia. Setiap pagi dia akan pergi ke hutan dan bukit di mana disitu terdapat rumpunan bambu. Bambu yang hijau lembut oleh pantulan cahaya pagi yang tentunya dari celah-celah embun yang sesekali menutupi pantulan cahaya dari langit. Apabila dia telah membuat pilihan dia, bambu itu akan ditebang, memisah-misahkannya secara memanjang, atau memotong mengikut sendi dan akan membawa ke rumahnya untuk menghasilkan pelbagai hasil kerja tangan kegunaan isi rumah. di sinilah dia dan isteri tuanya memperolehi satu kehidupan dengan menjual hasil kraf.


Add caption
Satu pagi seperti biasa dia telah keluar ke dalam hutan mencari rumpun buluh. Setelah memilih bambu yang cantik dia mula menebang. Beberapa batang bambu telah pun tumbang. Tiba-tiba belukar hijau buluh dilimpahi dengan satu cahaya lembut cerah, seolah-olah sinaran cahaya bulan purnama. Dia merasa amat hairan dengan keadaan tersebut. Setelah diteliti, dia mendapati cahaya itu datang dari sebatang bambu. Dia melangkah berhati-hati mendekati punca cahaya itu. Rupanya cahaya itu keluar dari lubang sebatang bambu  Dia terus mendekati sehingga pandangannya terkaku pada sekujur tubuh kerdil berukuran kira-kira tiga inci tinggi dengan penampilan yang sangat menarik.

"Anak kecil ini mesti dihantar untuk menjadi anak saya, kerana saya menemui kamu di antara pokok-pokok bambu," kata hati pemotong bambu itu lantas mengambil makhluk kecil dalam tangannya dan membawanya balik kepada isterinya. Gadis kecil itu ternyata terlalu cantik dan comel. Demi keselamatan dan keselesaan gadis kecil itu wanita tua isteri pemotong bambu meletakkan dia ke dalam sebuah bakul.
Pasangan tua itu kini sangat gembira kerana tidak lagi merasa kesal tidak memiliki pewaris sepanjang hidup mereka. Kini mereka sudah memiliki anak sendiri.

Sejak hari itu orang tua itu sering menemui ketulan emas di dalam bambu apabila dia menebang dan memotong bambu; bukan sahaja emas malah seringkali juga dia menjumpai ketulan ketulan batu permata. Sehari demi sehari kehidupan mereka berubah dan menjadi kaya. Mereka membina sebuah rumah yang cantik dengan perabut dan keperluan rumah yang lengkap. Mereka tidak lagi dikenali sebagai penebang bambu yang miskin.

Tiga bulan berlalu, gadis kecil membesar dengan cepat dan kini telah menjadi seorang gadis dewasa dengan rambut cantik disikat rapi oleh ibunya dengan dipakaikan baju kimono yang cantik. Dia adalah gadis dengan kecantikan mengagumkan bak seorang puteri raja. Tidak ada sesiapa pun dibenarkan untuk melihatnya. Wajah cantiknya menyinari seluruh ruang rumah seperti disinari cahaya lembut walaupun pada waktu malam.

Kehadirannya memberikan sinar kebahagiaan kepada mereka. Dan ketika lelaki tua itu berasa sedih, dia hanya perlu bersemuka dengan anak perempuan angkat dan kesedihannya akan hilang, akan bertukar ceria dan gembira seperti keadaan hidupnya semasa zaman remaja.

Akhirnya hari untuk memberikan nama kepada gadis kecil itu telah tiba.  Pasangan tua itu telah menjemput seorang pemberi nama terkenal yang kemudiannya memberi nama Puteri Cahaya Bulan kepada gadis kecil itu kerana badannya yang mengeluarkan banyak cahaya lembut dan mempercayai gadis kecil itu mungkin anak Tuhan Bulan.

Selama tiga hari pesta itu dilangsungkan dengan dendangan lagu dan tarian serta muzik.  Semua rakan kerabat pasangan tua itu telah hadir, dan ikut sama berseronok meraikan majlis memberi nama kepada Puteri Cahaya Bulan. Setiap yang hadir mengakui bahawa mereka tidak pernah melihat seseorang yang sangat mempesonakan, semua yang cantik jika berada di sebelah Puteri Cahaya Bulan pasti akan pudar kecantikannya. Kemasyhuran kecantikan puteri telah tersebar jauh dan luas, dan ramailah pelamar-pelamar yang berhasrat untuk memiliki, bahkan malahan terlalu banyak juga yang ingin melihatnya.

Pelamar-pelamar dari jauh dan dekat sengaja menampilkan diri mereka di luar rumah, dan membuat lubang kecil pada pagar itu, dengan harapan dapat melihat bayangan puteri ketika puteri berjalan dari satu bilik ke bilik yang lain di sepanjang beranda. Mereka menunggu siang dan malam, malah mengorbankan tidur mereka dengan penuh harapan berpeluang melihat puteri, tetapi semuanya hanyalah sia-sia. Kemudian mereka mendekati rumah, dan mencuba bercakap dengan lelaki tua dan isterinya atau beberapa pekerja di situ, tetapi tidak mendapat layanan.

Walaupun begitu, semua kekecewaan itu tidak mematahkan hasrat mereka untuk melihat puteri. Mereka terus bertahan hari demi hari, tanpa mengira siang dan malam, kerana semata-mata ingin melihat puteri.

Akhirnya, kebanyakan dari lelaki, menyedari betapa tidak ada kesudahannya usaha mereka, mereka kehilangan minat dan harapan dan kembali ke rumah masing-masing. Semuanya kecuali lima kesatria, yang semangat dan keazaman mereka yang mulanya hampir surut, seolah-olah digilap dengan semangat yang lebih kental apabila menghadapi pelbagai rintangan. Kelima-lima lelaki ini malahan tetap cekal meneruskan usaha mereka meskipun tanpa makanan, terus berdiri di luar dalam pelbagai keadaan cuaca, panas matahari dan hujan.

Kadang-kadang mereka menulis surat kepada Puteri, tetapi tiada jawapan diberikan kepada mereka. Ketika mendapati surat-surat yang dihantar tidak menarik minat Puteri untuk membalas, mereka pun menulis sajak dengan memberitahu akan cinta mereka yang terpaksa mengenepikan tidur, makan, rehat dan pengorbanan terpaksa meninggalkan rumah. Tetapi sebagai mana surat-surat terdahulu yang dikirim, Puteri Cahaya Bulan seperti tidak menerima sajak-sajak mereka.

Dalam keadaan tidak ada harapan itu, musim sejuk tetap juga berlalu. Salji dan ais dan angin sejuk perlahan-lahan memberi ruang kepada kemesraan lembut musim bunga yang mula tiba. Kesatria itu masih juga setia memerhati dan menanti.

Pada akhir bulan-bulan yang panjang itu mereka memanggil orang tua pemotong bambu dan memohon kepadanya agar merasa belas kasihan dengan memberi mereka peluang untuk melihat Puteri, tetapi juga ditolak dengan alasan bahawa pemotong kayu itu bukanlah ayah kandung puteri tersebut dan tidak boleh berkeras atau memaksa Puteri menunjukkan diri mengikut kehendaknya.

Kelima-lima satria itu dapat menerima jawapan tegas dari pemotong kayu itu dan kembali ke rumah masing-masing dengan hati terbuka kerana luahan hati mereka masih didengar dan tidak terlalu sia-sia.  Mereka masih memikirkan apakah cara yang dapat menyentuh hati puteri. Mereka mengambil kalung tasbih berdoa di depan Buddha agar keinginan dan hasrat mereka tertunai. Selepas beberapa hari berlalu walaupun masih berada di rumah masing-masing tetapi setiap satunya seperti tidak dapat berehat. Masih terfikirkan akan Puteri Cahaya Bulan.

Jadi sekali lagi mereka bertolak ke rumah pemotong bambu. Kali ini lelaki tua itu keluar bertemu mereka, lantas kelima satria itu mengambil kesempatan untuk bertanya kepada orang tua itu jika keputusan puteri untuk tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun lelaki adalah sesuatu yang tidak dapat diubah dengan apa pun alasan. Mereka juga memohon kepada orang tua pemotong bambu itu untuk menyokong mereka dan memberitahu puteri akan keikhlasan cinta mereka, betapa mereka sanggup menunggu lama melalui kesejukan musim sejuk dan kepanasan musim panas, tidak tidur dan tanpa tempat berteduh melalui semua cuaca, tanpa makanan dan tanpa rehat, hanya harapan dan kejayaan untuk memiliki puteri, dan mereka akan anggap penantian yang panjang itu sebagai suatu keseronokan akan tetapi puteri haruslah memberi mereka satu peluang untuk mempertimbangkan rayuan mereka terhadapnya.

Lelaki tua itu kemudian mendengar luahan cinta setiap pelamar setia itu lantas timbul rasa belas kasihannya pada mereka dan berharap puterinya itu akan berkahwin dengan salah seorang daripada mereka. Oleh kerana itu dia, si pemotong kayu itu masuk semula ke rumahnya dan bertemu dengan puteri Cahaya Bulan dan berkata dengan lembut dan berhati-hati:

"Walaupun kehadiran anda telah menjadikan hidup ini sangat bahagia, namun saya telah menghadapi pelbagai rintangan ketika membesarkan kamu sebagai anak saya sendiri dan anda tentu gembira berada dalam perlindungan di rumah ini. Adakah anda enggan menunaikan sesuatu permintaan saya?"

Kemudian Puteri Cahaya Bulan menjawab bahawa tidak ada apa-apa yang dia tidask akan buat demi orang tua itu, bahawa dia memuliakan dan sayang kepada pemotong kayu itu sebagai bapanya sendiri, dan bagi dirinya dia tidak dapat mengingati apa apa sebelum dia datang turun ke bumi.

Lelaki tua mendengar dengan kegembiraan yang teramat kerana puteri itu bercakap dengan perkataan yang penuh rasa tanggungjawab. Kemudian dia memberitahu puteri akan rasa kebimbangannya dan berharap untuk melihat puteri itu berkahwin dan bahagia sebelum dia meninggal dunia.

"Saya seorang lelaki tua, lebih daripada tujuh puluh tahun, dan hayat saya mungkin akan datang bila-bila masa saja. Adalah wajar yang anda perlu melihat lima orang lelaki itu dan memilih seorang daripada mereka."

"Oh, mengapa," kata puteri dengan rasa bebanan, "mestikah saya buat ini? Saya tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin sekarang."

"Saya menemui anda," jawab lelaki tua itu, "beberapa tahun dulu, ketika anda hanyalah setinggi tiga inci, dalam satu cahaya putih. Cahaya menyinar dari buluh yang melindungi anda dan memandu saya menemui anda. Oleh kerana itu, saya sentiasa beranggapan bahawa anda lebih daripada wanita biasa."

"Ketika saya masih hidup ini adalah wajar untuk anda bersedia, suatu masa nanti saya pasti akan meninggal dan siapakah nanti yang akan menjaga anda? Sebab itu lah saya berharap agar anda bertemu lima lelaki gagah itu satu per satu dan buatkan keputusan mengahwini seorang daripada mereka!"

Kemudian puteri menjawab bahawa dia berasa yakin bahawa dia tidak secantik sebagaimana yang dikhabarkan. dan jika sekalipun dia bersetuju mengahwini mana-mana seorang daripada mereka, dia maasih khuatir kerana mereka, kesatria itu bukannya benar-benar tahu latar belakangnya sebelum ini, hati mereka boleh berubah kemudian. Oleh kerana itu dia rasa tidak pasti tentang mereka, walaupun bapanya menjelaskan yang kesatria itu sangat sesuai untuknya, dia juga merasakan tidak wajar untuk menemui mereka.

"Semua yang anda katakan sangat berpatutan," kata lelaki tua, "tetapi lelaki yang bagaimanakah yang anda sudi untuk berjumpa? Saya tidak memanggil kelima lima lelaki ini, yang telah menunggu anda selama berbulan-bulan, memiliki hati yang riang. Mereka telah berdiri di luar rumah melepasi musim sejuk dan musim panas, sanggup tidak makan dan tidak tidur hanya semata-mata untuk anda dapat terima. Apakah lagi yang anda mahukan seseorang itu dapat tunaikan untuk anda?

Kemudian Puteri Cahaya Bulan berkata dia mesti menguji terlebih dahulu sejauh mana cinta mereka terhadapnya sebelum mereka boleh berbual dengannya. Lima orang satria itu harus membuktikan cinta mereka dengan membawakan kepadanya sesuatu yang sangat disukai oleh puteri.

Pada petang itu kelima-lima kesatria itu tiba di depan rumah pemotong bambu, dan bermula bermain seruling secara bergilir-gilir, menyanyikan lagu-lagu tentang diri mereka dengan meluahkan rasa cinta mereka yang sangat kuat kepada Puteri Cahaya Bulan. Pemotong buluh pun keluar menemui mereka dengan rasa simpati atas segala rintangan yang telah mereka tanggung, atas kesabaran yang mereka telah ditunjukkan dan hasrat mereka memenangi hati anak angkatnya, si Puteri Cahaya Bulan. Kemudian dia menyampaikan mesej puteri, bahawa puteri hanya akan bersetuju mengahwini sesiapa di antara mereka yang membawakan kepadanya apa yang dia mahu. Lima kesatria itu menerima syarat puteri dan mula berfikir apakah rancangan yang terbaik sebagai memenuhi syarat puteri itu.

Puteri Cahaya Bulan kemudian meminta kepada pemotong kayu untuk menyampaikan syarat kepada setiap kesatria sebelum dapat berjumpa dengannya. Kesatria yang pertama dikehendaki membawakan kepadanya mangkuk batu milik Buddha di India. Kesatria yang kedua pula diminta untuk pergi ke pergunungan Horai yang dikatakan terletak di Laut Timur, dan membawakan kepada puteri sepohon pokok yang tumbuh di puncak gunung tersebut. Pokok ini berakarkan perak, batangnya pula adalah emas, dan setiap dahannya pula berbuahkan permata-permata putih. Kesatria yang ketiga diminta pergi ke China untuk mencari tikus api dan membawa kulit tikus api itu kepada puteri. Sementara kesatria yang keempat dimaklumkan untuk mencari naga yang dikatakan membawa sebiji batu dengan lima sinar warna yang terletak di kepalanya. Kesatria yang ke lima pula dikehendaki mencari burung layang-layang yang membawa cengkerang pada perlutnya. Cengkerang itu perlu dibawa kepada puteri. 

Lelaki tua itu berfikir akan tugas-tugas yang sangat mencabar itu dalam keadaan teragak-agak untuk membawa mesej kepada setiap kesatria, tetapi itulah saja syarat puteri sekiranya kesatria itu ingin berjumpa dengannya. Tatkala syarat-syarat itu dimaklumkan kepada mereka, kesemua kesatria itu merasa tawar hati dan meluat dengan permintaan yang pelik dan sangat mustahil untuk ditunaikan. Dengan rasa kecewa kesemua lima orang kesatria itu kembali ke rumah masing-masing.

Tetapi selepas beberapa waktu, apabila mereka teringatkan puteri, rasa cinta kemudian muncul semula dan memberi mereka semangat untuk menunaikan apa yang dihasratkan oleh puteri.

Kesatria yang pertama telah menghantar berita kepada puteri yang dia telah bertolak pagi itu untuk mencari mangkuk Buddha dan berharap akan segera kembali dan menyerahkan mangkuk tersebut kepada puteri. Tetapi dia tidak mempunyai keberanian untuk pergi ke India kerana pada masa itu pengembaraan adalah amat sukar dan penuh dengan bahaya, jadi dia pergi salah satu kuil di Kyoto dan mengambil satu mangkuk batu dari altar yang terdapat di sana. Dia terpaksa membayar sami sejumlah wang yang banyak untuk ditukarkan dengan mangkuk tersebut. Dia kemudian mengikat mangkuk itu dengan sehelai kain emas dan bersembunyi selama tiga tahun sebagai perkiraan jarak masa pengembaraan ke India kemudian balik dan membawa mangkuk itu kepada pemotong kayu.

Puteri Cahaya Bulan merasa hairan kerana kesatria pertama itu sepatutnya kembali lebih awal. Dia mengeluarkan mangkuk dari pembalutan kain emas dan mengharapkan bilik itu akan dipenuhi dengan cahaya. Malang sekali, mangkuk itu tidak bersinar langsung. jadi dia tahu bahawa mangkuk yang dibawa oleh kesatria pertama itu adalah mangkuk palsu. Puteri segera mengembalikan mangkuk itu kepada kesatria pertama dan enggan untuk melihatnya lagi berada di situ. Kesatria pertama itu mencampakkan mangkuk itu dan pulang ke rumahnya dengan sangat kecewa dan putus asa kerana segala harapannya untuk memenangi hati puteri telah gagal.

Kesatria yang kedua memberitahu ibu bapanya yang dia inginkan perubahan udara untuk kesihatannya, kerana dia malu memberitahu mereka bahawa dia telah jatuh cinta kepada Puteri Cahaya Bulan. Dia kemudian meninggalkan rumahnya dan pada masa yang sama menghantar pesanan kepada puteri yang dia telah bertolak ke Gunung Horai untuk memenuhi permintaan puteri. Dia membenarkan pekerja-pekerjanya untuk mengiringinya hanya separuh jalan sahaja, dan kemudian menghantar mereka kembali. Dia sampai di pinggir laut dan memulakan perjalanan dengan menaiki sebuah kapal kecil. Selepas belayar selama tiga hari dia kemudian mendarat bersama para pekerjanya dan mengarahkan mereka menyediakan kepadanya sebuah rumah kayu sebagai tempat dia berteduh dan bersembunyi agar tiada sesiapapun yang dapat mengesannyua. Dia ketika dia dalam persembunyian, dia juga turut mengupah enam orang tukang emas yang mahir. Tukang emas ini telah diupah untuk menyediakan pohon emas berakarkan perak sebagaimana pohon yang dinyatakan oleh puteri yang terdapat di Gunung Horai. Ini adalah kerana semua maklumat yang diterimanya mengenai Gunung Hurai hanyalah cerita dongeng dan bukanlah wujud di alam yang nyata.

Bila cabang pokok emas dan perak telah siap, dia membawanya pulang dan berlagak seperti orang yang sangat keletihan dalam perjalanan. Dia meletakkan dahan emas itu ke dalam kotak dan membawanya ke rumah pemotong bambu, merayu kepada pemotong kayu agar mempersembahkannya kepada puteri.

Lelaki tua agak terperdaya oleh penampilan kesatria yang kedua yang kelihatan letih dan lesu dengan pakaian yang comot, dan berfikir bahawa dia pasti baru saja pulang dari perjalanan yang jauh. Jadi dia cuba untuk memujuk puteri agar mengizinkan kesatria kedua itu melihatnya. Tetapi dia tetap berdiam diri dan kelihatan amat sedih. Lelaki tua pun mengeluarkan cabang pokok emas dan memujinya sebagai satu khazanah bagus yang pastinya tidak terdapat di mana-mana. Kemudian dia bercakap mengenai kesatria kedua itu tentang betapa kacak dan bersemangatnya kesatria itu kerana kesanggupannya mengharungi satu perjalanan yang sukar dan sangat jauh iaitu Gunung Horai.

Puteri Cahaya Bulan memegang cabang pokok emas itu memerhati dengan teliti. Dia kemudian memberithu bapa angkatnya bahawa sangat mustahil untuk lelaki itu boleh memperolehi cabang pokok emas dan perak dengan begitu cepat dan mudah. Sebab itulah dia merasa sedih kerana cabang pokok yang dibawa oleh kesatria yang kedua agak meragukan keasliannya.

Lelaki tua itu kemudian keluar kepada kesatria yang penuh pengharapan. Kesatria yang mula mendekati rumah itu kemudiannya ditanya oleh pemotong bambu bagaimana cabang pokok itu dijumpai. Kemudian lelaki itu dengan rasa tidak bersalah mula mereka satu cerita panjang.

"Dua tahun lepas saya mengambil sebuah kapal dan memulakan pencarian Gunung Horai. Saya sangat bertuah kerana tiba di Laut Timur sebelum ketibaan angin kencang. Kemudian satu taufan besar melanda menyebabkan saya tercampak di sebuah pantai yang tidak dikenali. Pada hari itu kami kehilangan sebilangan mata kompas. Ternyata pulau itu dihuni oleh yang serentak mengancam membunuh dan memakan saya. Bagaimanapun, saya berjaya berkawan dengan makhluk-makhluk buruk ini, dan mereka menolong saya dan kelasi-kelasi saya membaiki bot, dan berlayar sekali lagi.

Makanan semakin berkurangan, dan kami menderita kerana pelbagai penyakit dalam perjalanan. Akhirnya, pada hari kelima ratus hari dari hari permulaan, saya melihat jauh di ufuk apa yang kelihatan seperti puncak gunung. Ketika kami mendekati, rupanya ia adalah sebuah pulau yang terdapat di tengahnya terdapat sebuah gunung yang tinggi. Saya mendarat, dan meninjau di sekitar pulau itu selama lebih kurang dua atau tiga hari, saya terlihat satu cahaya berkilau ke arah saya yang datang dari pantai itu, di tangannya memegang sebuah mangkuk keemasan. Saya pergi kepadanya dan bertanya sekiranya berpeluang menemui Pulau Gunung Horai, dan dia menjawab:"
"'Ya, inilah Gunung Horai!'"
"Walaupun menghadapi banyaknya rintangan, saya telah memanjat Gunung Horai sehingga sampai ke kemuncak, di situ terdapat pokok keemasan yang membesar dengan akarnya daripada perak. Banyak keajaiban yang terdapat di tempat itu sehingga sekiranya saya menceritakan kepada anda tentang tempat itu, pasti saya tidak akan habis. Meskipun saya berhasrat untuk berada di situ lebih lama, tetapi selepas mematahkan cabang pohon itu saya terus bergagas untuk kembali. Dengan kadar kelajuan yang paling tinggi saya telah kembali ke sini mengambil masa empat ratus hari dan sebagaimana yang anda saksikan pakaian saya masih lagi lembab kerana terdedah dengan pelayaran yang panjang. Saya bahkan belum sempat menukar pakaian saya. apa yang saya risaukan ialah saya perlu membawa cabang pohon ini  kepada puteri dengan segera."

Seketika itu juga enam orang tukang emas yang telah diambil bekerja untuk membuat cabang pokok emas, tetapi belum dibayar oleh kesatria itu telah tiba di rumah pemotong bambu dengan menghantar tuntutan kepada puteri untuk membayar upah atas kerja mereka. Mereka mengatakan mereka telah bekerja lebih daripada seribu hari untuk menyiapkan cabang pokok emas, dengan ranting-ranting perak dan buah yang berharga, yang telah dipersembahkan kepadanya oleh kesatria, sedangkan mereka belum menerima apa-apa pembayaran. Jadi penipuan kesatria ini telah diketahui oleh puteri.
Puteri gembira dan merasa senang hati kerana dapat menghindarkan diri dari kesatria kedua.

Dia memanggil tukang emas dan membayar upah mereka dengan sikap terbuka, dan merekapun pergi dengan gembira. Tetapi dalam perjalanan pulang ke rumah, mereka telah diserang oleh kesatria kedua, mereka dipukul sehingga mereka hampir mati. Kesatria kemudian pulang ke rumah, hatinya masih panas. Dia merasa putus asa untuk memenangi hati puteri, merasa malu kepada masyarakat dan akhirnya melarikan diri dari kehidupan bermasyarakat dan hidup mengasingkan diri di antara beberapa buah gunung.

Kisah kesatria yang ketiga dengan misi mendapatkan kulit tikus api. Dia mempunyai seorang kawan di China, jadi dia menulis surat kepadanya untuk mendapatkan kulit tikus api. Keistimewaan tikus api ialah ia tidak boleh terbakar. Dia berjanji kepada kawan akan membayar berapa pun jumlah yang diminta asalkan dapat benda yang dikehendaki.   Sebaik sahaja berita tentang ketibaan kapal yang dinaiki kawannya dari China itu, kesatria ketiga telah menunggang kuda selama tujuh hari perjalanan menuju pelabuhan. Setelah membayar kepada kawannya itu sejumlah wang yang banyak sebagai upah mendapatkan kulit tikus api, dia meletakkan kulit tikus api itu ke dalam kotak dengan berhati-hati untuk tidak lama kemudian menghantarnya kepada puteri kemudian menunggu di luar; menanti jawapan dari Puteri Cahaya Bulan.

Pemotong bambu mengambil kotak dari kesatria ketiga, seperti biasa, membawanya kepada puteri dan cuba memujuk arar puteri keluar melihat kesatria ketiga tetapi Puteri Cahaya Bulan enggan, dengan alasan bahawa kulit tikus itu harus diuji keasliannya terlebih dahulu. Jika ia boleh terbakar bermakna kulit tikus itu bukanlah seperti yang dikehendaki oleh puteri.

Puteri mengambil kotak dan mengeluarkan kulit tikus api yang dibawa oleh kestria ketiga kemudian mencampakkannya ke dalam api. Kedengaran bunyi bergemerisik dari benda yang dibuang ke dalam api. Tikus api yang dibawa oleh kesatria ketiga terbakar hangus dengan serta-merta. puteri tahu bahawa lelaki ini juga tidak memenuhi perkataannya. Jadi kesatria ketiga juga telah gagal.

Kesatria yang keempat pula tidak pernah berehat sejak memulakan pencarian permata naga.  Dia memanggil semua pekerjanya bersama dan memerintahkan mereka untuk berusaha mencari di serata Jepun dan China. Dia juga dengan tegas melarang mana-mana daripada mereka untuk kembali sebelum berjaya menemuinya.

Para pekerja dan orang upahannya mencari dengan pelbagai cara kerana memikirkan ianya merupakan tugas yang tidak masuk akal. Mereka mengambil cuti dengan pergi ke negara lain yang pada pendapat mereka menarik untuk berehat, daripada melakukan tugas yang tidak masuk akal.

Sementara itu, kesatria keempat sangat pasti bahawa semua pekerjanya yang banyak, dan segala usahanya yang telah dilakukan pasti tidak akan gagal. Ia lalu memperbaiki rumahnya dengan memasang perhiasan yang cantik sebagai penerimaan puteri. Dia begitu pasti akan menang.
Setahun sudah berlalu dalam penantian yang panjang dan membosankan, akan tetapi tidak seorang pun orang suruhannya yang kembali membawa permata naga. Kesatria keempat mula rasa terdesak. Dia tidak dapat menunggu lebih lama lagi jadi dia membawa bersamanya dua orang lelaki untuk membantunya mencari permata naga. Dia menyewa sebuah kapal dan memerintah kapten turut sama membantu.  Namun kapten kapal enggan belayar kerana pencarian seperti itu tidak masuk akal. Kesatria berjaya memaksa sehingga akhirnya kapal itu mula belayar ke laut.

Beberapa hari selepas pelayaran, mereka telah dilanda satu taufan yang besar dan panjang. Setelah keadaan reda akhirnya kapal yang mereka naiki tiba di pantai. Letih dan bimbang dengan perjalanan itu, kesatria keempat mengambil ruang untuk berehat. Dia telah bertekad untuk menghentikan pencarian permata naga. Dia telah mengalami demam sejuk yang sangat berat, dan terpaksa tidur dengan sebelah muka yang bengkak.

Penguasa tempat itu telah mendengar akan kesusahan yang dialami oleh kesatria itu lalu menghantar utusan dengan sepucuk surat mengajak dia berkunjung ke rumahnya. Selama di sana kesatria mula terfikir akan semua masalah yang dialaminya sepanjang pencarian permata naga menyebabkannya mula berubah, cintanya pada puteri bertukar menjadi kemarahan, dan dia menyalahkannya untuk semua kesusahan itu. Dia berpendapat bahawa misi mencari permata naga itu sebenarnya hanya bertujuan agar kesatria itu terbunuh dalam pencarian yang mustahil.

Pada ketika itu juga semua pekerja yang telah dihantar untuk mencari permata naga datang untuk melawatnya. Mereka merasa terkejut kerana bukan pujian yang mereka terima tetapi  kemarahan dan maki hamun dari kesatria. Ketua mereka memberitahu yang dia benar-benar sakit kerana pengembaraan itu, dan berkata bahawa dia tidak akan sekali kali mendekati rumah puteri itu pada masa akan datang.

Seperti semua kesatria yang lain, kesatria yang keempat juga gagal dalam misinya. Dia tidak dapat mencari cengkerang burung layang-layang.
Pada ketika itu kemasyhuran kecantikan Puteri Cahaya Bulan telah sampai ke telinga Maharaja.  Dia menghantar salah seorang suruhan istana untuk menyiasat sama ada cerita mengenai kecantikan anak angkat pemotong bambu seperti yang didengarnya adalah benar.  Jika berita itu benar, maharaja akan menjemputnya ke istana untuk menjadi bakal permaisuri.

Ketibaan suruhan istana sama seperti nasib para kesatria. puteri enggan menunjukkan diri. Sehinggalah orang suruhan istana itu mendesak kepada pemotong bambu bahawa ia adalah arahan dari istana. Meskipun rayuan bapanya, Puteri Cahaya Bulan tetap juga enggan untuk menunjukkan diri dengan orang suruhan istana dan berkata dengan tegas bahawa jika dia terpaksa pergi ke istana sebagai menurut perintah maharaja, dia akan lenyap dari bumi.

Maharaja telah dimaklumkan akan keenganan Puteri Cahaya Bulan menurut perintahnya mengadap. Baginda juga diberitahu bahawa puteri akan lenyap di muka bumi sekiranya masuk ke istana. Akan sebab itu, maharaja telah berazam untuk pergi dan melihatnya sendiri. Jadi dia merancang untuk meneruskan lawatan pemburuan di kawasan kejiranan rumah pemotong bambu. Baginda telah hantar berita tersebut kepada lelaki tua akan niatnya. Atas kepatuhannya kepada perintah maharaja, pemotong bambu itu akhirnya bersetuju. Keesokan harinya maharaja bertolak bersama pengiringnya, Dia kemudian tiba di rumah pemotong bambu dan kemudian memasuki rumah dan terus menuju di mana puteri sedang duduk bersama gadis-gadis pembantunya.

Maharaja terus dapat meneka yang mana satukah puteri yang sering diperkatakan orang akan kecantikannya. Dia tidak pernah melihat seseorang yang secantik itu, dan dia tidak dapat melepaskan pandangannya kerana dia lebih cantik dengan sinar yang memancar lembut dari dalam dirinya. Apabila puteri menyedari akan seseorang yang tidak dikenali sedang asyik melihatnya dia cuba melepaskan diri dengan keluar dari bilik itu  tetapi segera diitangkap oleh maharaja dan merayu agar puteri mendengar terlebih dahulu apa yang akan dikatakan oleh baginda. Satu-satunya jawapan dari puteri hanyalah menyembunyikan wajahnya dengan lengan bajunya.

Maharaja telah jatuh cinta dengan puteri dan merayu puteri datang kepada balai istana, di mana dia berjanji akan memberikan satu kedudukan dan penghormatan atau apa saja bidang tugas yang diminta oleh puteri sendiri. Dia memerintahkan kepada seorang jeneral untuk memenbawa puteri balik ke istana dengan serta merta.  Dia juga menegaskan bahawa kecantikan puteri sepatutnya menghiasi balai istana bukannya disembunyikan oleh pemotong bambu di rumahknya.

Tetapi puteri segera membantah permintaan maharaja. Dia mengatakan jika dia terpaksa pergi ke Istana dia akan serta merta hilang seperti kabus. Bahkan ketika puteri menjelaskan kepada maharaja bentuknya mula berubah dan semakin lenyap. Akhirnya maharaja berjanji akan meninggalkan puteri dalam keadaan bebas sekiranya ia mengembalikan dirinya kepada bentuk asal.

Kini tiba masa untuk maharaja kembali ke istana kerana kebimbangannya akan kemungkinan kemungkinan yang berlaku kerana ditinggalkan agak lama. Maharaja meminta diri untuk meninggalkan rumah dengan hati yang gundah. Puteri Cahaya Bulan, pada maharaja satu-satunya wanita yang paling cantik di dunia. Dia tidak lagi tertarik kepada orang lain; selalu terfikirkan akan puteri siang dan malam. Sehingga sebahagian masanya diluangkan dengan menulis puisi cinta dan kesetiaan dan dihantar kepada puteri. Puteri enggan untuk bertemu lagi dengan maharaja tetapi memberitahu dengan lembut dan baik yang dia tidak boleh berkahwin dengan sesiapa pun di dunia ini.

Pada kali ini ibubapa angkatnya mula menyedari yang setiap malam puteri akan duduk di serambi rumahnya dan merenung bulan berjam-jam lamanya dan berakhir dengan kekecewaan dan lenangan air mata. Satu malam pemotong bambu itu mendapati puteri sedang menangis seperti orang yang sangat kecewa. Pemotong bambu memujuknya dan bertanya kenapa puteri begitu sedih.

Dengan kesedihan yang mendalam dia menjelaskan bahawa dia bukanlah milik dunia dan masa untuk berada di dunia semakin singkat dan akan berakhir tidak lama lagi. Tanggal hari ke lima belas pada bulan ogos kawan-kawannya dari bulan akan datang untuk mengambilnya, dan dia perlu kembali. Kedua-dua ibubapanya ada di sana. Tetap kerana mengambil masa yang lama di dunia dia telah terlupa akan mereka. Dia kepunyaan bulan dan bumi. Ia menyebabkannya sedih ketika memikirkan akan meninggalkan ibubapa angkatnya yang sangat baik, juga rumah kediaman mereka yang selama ini memberikan kegembiraan kepadanya. Teman-temannya merasa amat sedih sehingga tidak dapat makan dan minum apabila memikirkan yang puteri tidak lama lagi akan meninggalkan mereka.

Maharaja, sebaik sahaja mendengar berita yang telah disampaikan kepadanya, segera menghantar utusan ke rumah pemotong bambu untuk mengetahui apakah berita itu benar atau tidak.

Orang tua pemotong bambu keluar bertemu utusan maharaja. Selama beberapa hari kedukaan telah menyelubungi kehidupan pemotong bambu itu sehingga wajahnya kelihatan sangat tua berumur lebih tujuh puluh tahun.  Tidak dapat menahan air mata, orang tua itu secara jujur menyatakan bahawa berita puteri akan meninggalkan mereka adalah benar. tetapi kemudian memberitahu dengan tegas untuk menghalang utusan dari bulan datang dan mengambil puteri. Utusan istana kembali dan memberitahu maharaja segala berita yang mereka terima. Sejurus dimaklumkan oleh utusan istana, Maharaja segera membuat persediaan. 

Menjelang hari yang kelima belas pada bulan itu, Maharaja telah menghantar dua ribu pahlawan untuk mengawal rumah pemotong bambu. Seribu daripadanya ditempatkan di atas bumbung, satu lagi ribu ditugaskan memerhati sekeliling rumah dan semua pintu masuk. Para pengawal ini terdiri daripada pemanah yang terlatih dan sangat mahir lengkap dengan busur dan anak panah. Sementara pemotong bambu dan isterinya menyembunyikan puteri di sebuah bilik dalam rumah itu.

Lelaki tua mengarahkan kepada semua bahawa tiada siapapun dibenarkan tidur pada malam itu. Semua yang ada di dalam rumah itu dikehendaki menyimpan bersama mereka seutas jam yang diikat ketat di tangan dan bersedia untuk melindungi puteri. Dengan semua langkah berjaga-jaga yang telah diambil, dan dengan bantuan maharaja, dia berharap dapat melindungi puteri dasripada diambil ole utusan dari bulan. Tetapi puteri memberitahu bapa angkatnya yang semua langkah-langkah itu tidak berguna dan apabila utusan dari bulan itu tiba, tiada siapa pun yang dapat menghalang mereka. Sekalipun adanya pengawal-pengawal dari istana, tetapi semuanya tidak berdaya.

Kemudian dia menambah dengan air mata yang tidak tertahan, dia memohon banyak kemaafan kerana terpaksa meninggalkan dia dan isterinya, yang selama ini melindunginya dengan kasih sayang seperti ibu bapanya sendiri, bahawa jika dia mampu, dia lebih suka kekal dengan mereka apa tah lagi dalam usia tua mereka sekarang, dan akan memberikan kasih sayang seorang anak sebagai membalas cinta sebagaimana yang dia telah terima sepanjang hidup bersama mereka.

Malam menjelang tiba. Sinar bulan yang mekar bak bunga kemboja tegak tinggi di syurga, membelai dunia yang sedang lena dengan cahayanya yang kuning keemasan. Kesunyian menyelubungi hutan bambu dan pokok pinus, dan di atas bumbung rumah, seribu lelaki dengan busur dan panah di tangan sedang menanti.

Kemudian malam bertambah kelabu menghampiri subuh dan semua berharap agar bahaya telah berakhir — Puteri Sinar Bulan tidak perlu meninggalkan mereka sekiranya situasi cuma berakhir sedemikian. Tetapi kemudian secara tiba-tiba perhatian tertumpu pada satu gumpalan seperti gelap melingkari bulan — dan gumpalan itu semakin menghampiri bumi. Semakin hampir ia datang tanpa ada sesiapa pun terfikir untuk melakukan sesuatu. Yang ada hanyalah gambaran kekecewaan pada setiap wajah kerana hampir semuanya seperti menduga apakah ini situasi puteri akan dibawa pergi dan gumpalan awan itu mula menghampiri rumah pemotong bambu.

Dalam satu masa yang singkat sahaja seluruh ruang langit menjadi kabur, semantara gumpalan awan cuma sepuluh kaki dari tanah. Dalam gumpalan awan gelap itu berdiri sebuah kereta kuda terbang diiringi dengan sekumpulan pancaragam yang bersinar kemilau. Salah seorang di antara mereka yang kelihatan seperti seorang raja dan seperti ketua melangkah keluar dari kereta kuda, dan dengan tenang dan yakin dalam udara hampir subuh itu, memanggil kepada lelaki tua supaya keluar dengan suara yang sangat jelas.

"Masa sudah tiba," dia berkata, "untuk Puteri Sinar Bulan kembali kepada bulan tempat asalnya. Dia telah melakukan satu kesalahan yang serius, dan sebagai hukuman ia telah dihantar untuk hidup di sini untuk seketika. Kami tahu akan perhatian baik anda selama mengambil puteri, dan atas sebab itu kami telah menganugerahkan anda kekayaan dan kemakmuran. Kami telah meletakkan emas dalam bambu untuk anda cari."

"Saya telah membesarkan ini puteri ini selama dua puluh tahun dan tidak dia membuat sebarang kesalahan itu. lantaran itu gadis yang anda cari itu bukan dia orangnya," kata lelaki tua. "Saya memohon supaya anda carilah di tempat lain."

Kemudian utusan dari bulan memanggil dengan suara yang kuat:
"Puteri Sinar Bulan, keluarlah dari rumah rendah ini. Ini bukan tempat kamu lagi,"
Sejurus kemudian bilik puteri terbuka dan kelihatan puteri melangkah perlahan keluar dengan sinar terpancar dari tubuhnya, cerah gemilang penuh kecantikan.

Utusan dari bulan itu memimpin puteri keluar menuju ke kereta kuda. Dia menoleh ke belakang, dan terlihat olehnya akan kesedihan yang dalam tergambar pada wajah lelaki tua itu, melihat dengan rasa amat kasihan akan lelaki tua. Puteri kemudian berbicara dengan harapan apa yang diperkatakannya dapat menenangkan orang tua itu. dia menjelaskan bahawa bukan kehendaknya meninggalkan dia dan yang dia mesti sentiasa teringatkannya apabila melihat bulan.

Pemotong bambu memohon agar dibenarkan mengiringi puteri, tetapi tidak dibenarkan. Puteri membuka pakaian luarnya yang bersulam dan memberikannya kepada pemotong bambu sebagai tanda kenangan.

Satu daripada kelengkapan kereta kuda terbang utusan bulan ialah kepak yang mengkagumkan. Satu lagi ialah terdapatnya sebotol kecil ubat yang sangat mujarab untuk diberikan kepada puteri. Dia menelan sedikit dan berhasrat untuk memberi yang lain kepada lelaki tua, tetapi dia telah dilarang melakukannya.

Salah seorang pengiring utusan bulan yang memakai jubah bersayap mula mengembangkan sayapnya tetapi puteri dengan segera berkata: "tunggu sekejap. saya tidak akan lupa kepada seorang kawan baik saya iaitu maharaja. Saya mesti menulis satu ucapan selamat tinggal kepadanya sebelum saya bertukar rupa.

Meskipun ketidaksabaran utusan bulan dan pengiring yang lain untuk segera beredar, dia meminta agar mereka menunggu sehingga dia menulis. Dia meletakkan botol kecil ubat penawar kehidupan bersama surat itu, dan memberikannya kepada lelaki tua dengan pesanan akan menyampaiikannya kepada maharaja.

Kemudian kereta kuda mula bergerak ke langit menghala ke bulan dan kemudian lenyap antara awan yang sedang berarak perlahan menuju ke timur. Sementara setiap yang ada di sana masih terpegun kaku sambil merenung ke langit lepas dengan mata yang berair. Merasa kosong, masih diselubungi peristiwa yang baru berlalu, fajar menyingsing, dan di antara cahaya kemerah-merahan kereta kuda utusan bulan, kini semuanya telah hilang dalam awan gebu yang kini sedang dibawa angin pagi merentasi kaki-kaki bukit dan gunung. Dingin angin pagi kadang menerpa wajah-wajah yang kecewa.

Surat Puteri Sinar Bulan telah dibawa ke Istana.  Maharaja merasa takut untuk menyentuh ubat penawar yang diberi oleh puteri, jadi dia memerintahkan agar surat iitu dihantar di kemuncak gunung yang paling tinggi dan suci. Gunung Fuji. Di sana utusan diraja telah membakar surat tersebut bersama ubat penawar ketika matahari sedang terbit. Jadi pada hari ini orang mengatakan ada asap kelihatan keluar dari puncak Gunung Fuji membentuk awan.

No comments: