Pengujian dan Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual

Dipetik dari Modul OUM
khas untuk pelajar-pelajar saya yang mengambil kertas ini untuk perbincangan semasa kuliah.

DEFINISI PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Pengujian merujuk kepada keseluruhan proses yang terlibat di dalam mendapatkan bukti (evidence) keupayaan pelajar; daripada menentukan objektif pengujian, merangka soalan atau tugas, menjalankan ujian, memeriksa atau memberi markah termasuk melaporkan keputusan ujian kepada pihak-pihak yang terbabit (pelajar, pihak sekolah, pihak kementerian, ibu bapa dan lain-lain). Antara bentuk bentuk pengujian termasuklah ujian bulanan, peperiksaan, pemerhatian, temuduga, portfolio serta tugasan-tugasan kelas yang diberi markah.

Penilaian merujuk kepada proses menghakimi sesuatu dengan tujuan untuk memberi nilai. Dengan maksud yang lebih mudah, seseorang akan menjalankan penilaian untuk melihat salah satu atau semua daripada perkara berikut: keberkesanan, kelancaran, fungsi dan operasi.

Pengujian Formal dan Tidak Formal
 Antara bentuk pengujian tidak formal ialah bertanya sama ada pelajar faham apa yang diajar, membaca isyarat tidak verbal pelajar untuk mengagak tahap pemahaman mereka, mengadakan sesi soal jawab dalam melihat penguasaan pelajar ataupun memeriksa latihan dan kerja rumah pelajar.
Pengujian formal pula melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan.

Pengujian Formatif dan Pengujian Sumatif
Pengujian formatif merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada bila-bila masa semasa tahun pembelajaran. Pengujian sumatif pula merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang dijalankan pada akhir tahun pembelajaran. Rujukan Norma (Norm-referenced) dan Rujukan Kriteria (Criterionreferenced)
Rujukan Norma ialah satu cara melapor keputusan pengujian dengan menyusun pencapaian para pelajar di dalam sesuatu kelas mengikut norma. Dalam erti kata lain, para pelajar disusun mengikut pencapaian markah mereka.
Rujukan Kriteria merujuk kepada pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar berdasarkan kriteria-kriteria pengujian yang telah ditetapkan - Sekiranya ada kriteria yang pelajar masih lemah, guru boleh memfokuskan pengajaran untuk kriteria tersebut kemudiannya.

Rubrik Analitikal dan Rubrik Holistik
Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk pengujian formatif. guru dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan.
Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh.

Pengujian Tradisional dan Pengujian Alternatif
Pengujian tradisional merujuk kepada sebarang bentuk pengujian bertulis yang melibatkan penggunaan pen dan kertas.
Kebanyakan pengujian yang dijalankan adalah berbentuk alternatif. Contoh-contoh pengujian alternatif di dalam bidang seni visual ialah portfolio, buku kerja kajian (research workbook) dan juga pengujian berasaskan prestasi (performancebased assessment) seperti kerja kumpulan, demonstrasi dan pembentangan pelajar.

KAEDAH-KAEDAH PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SENI VISUAL

Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif.
1. Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.

Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran).

Temuramah - Temuramah dapat membantu guru dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar.

Perbincangan - Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar
daripada merasa gemuruh ketika diuji.

Pengujian Berasaskan Persembahan
(Performance-based Assessment) - pelajar melakukan sesuatu sama ada demonstrasi, pembentangan dan lain-lain.
Maklum Balas
Borang maklum balas atau questionnaire boleh diaplikasikan untuk menggantikan
ujian bertulis, dan bentuk soalan yang ditanya adalah soalan tertutup

Portfolio
Kesemua hasil kerja pelajar – karya seni, latihan, tugasan bertulis, nota, dan sebagainya
dikumpul dan disusun dengan sistematik di dalam folder yang berupa fail.

PENGUJIAN KEMAJUAN KANAK-KANAK DALAM PENDIDIKAN SENI
1. Adakah kanak-kanak gembira dengan pengalaman pembelajaran positif di dalam kelas? Adakah suasana pembelajaran selari dengan matlamat belajar kanak-kanak?

2. Perlukah sebarang perubahan dibuat di dalam proses pembelajaran kanak-kanak? Adakah strategi pengajaran juga perlu diubah? Adakah meletakkan kanak-kanak di dalam gerak kerja kumpulan memberi lebih manfaat daripada bekerja secaraindividu?

3. Bagaimanakah kanak-kanak belajar?
Bagaimanakah cara kanak-kanak belajar dapat dikaitkan dengan harapan guru untuk pelajar?
Bagaimanakah ini dapat dikaitkan dengan harapan pelajar? Dan apakah pula harapan kanak-kanak terhadap diri mereka sendiri?

4. Bagaimanakah guru boleh menjadi lebih berkesan?
Bagaimanakah keputusan yang tepat dapat dilakukan untuk memperbaiki kemajuan kanak-kanak?

5. Bagaimanakah guru dapat berkomunikasi dengan berkesan tentang kekuatan dan kelemahan pelajar dalam seni?
Bagaimanakah guru dapat menghebahkan dengan relevan pencapaian pelajar kepada guru lain, pentadbiran sekolah dan juga ibu bapa?

PENGUJIAN HASIL KREATIVITI KANAK-KANAK
Pengujian lebih merupakan pengukur kepada kemampuan guru menfasilitasi pembelajaran, lebih daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.
Luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai. Tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi, dan biarlah bersesuaian dengan pelajarpelajar di dalam kelas.
Cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni pada sebarang medium seni.

PENGUJIAN DI DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH SENI
Sekiranya pengajaran bertujuan untuk membantu pelajar mengenali ciri-ciri seni Cina, pengujian pelajar juga perlulah menjurus ke arah itu.

PENGUJIAN ESTETIKA DALAM SENI
Mengkaji konsep-konsep asas di dalam pembentukan seni, kecantikan, kualiti seni serta takrifan seni yang dapat diklasifikasikan sebagai aspek aspek estetika.

No comments: