KEPENTINGAN PENDIDIKAN SENI VISUAL PANDANGAN /SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SENI / PENDIDIK SENI VISUAL

Modul PSVK3013 Pengenalan Pendidikan Seni Visual
Institut Pendidikan Guru

SINOPSIS
Tajuk ini meliputi maklumat dan latihan berkaitan kepentingan Pendidikan Seni Visual merujuk kepada kepentingan dalam aspek kehidupan seharian. Tajuk ini juga meliputi maklumat dan latihan berkaitan pandangan dan sumbangan tokoh-tokoh seni dan Pendidik Seni Visual. Pandangan dan sumbangan dalam bidang seni dan  Pendidikan Seni Visual adalah sangat luas dan subjektif.  Pandangan dan sumbangan yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh tersebut dapat  memperjelaskan sesuatu perkara dalam bidang seni visual

Maklumat yang dibincangkan adalah mengikut tajuk-tajuk seperti berikut:
  1. Alat Komunikasi
  2. Ekspresi
  3. Kemahiran
  4. Pengetahuan dan Kefahaman
  5. Menajamkan kepekaan pengamatan
  6. Kreativiti
  7. Pertimbangan dan kesedaran estetik
  8. Pembangunan manusia
  • Islam
  • Cina
  • India
  • Jepun
  • Barat
  • Malaysia
HASIL PEMBELAJARAN:
  1. Menghuraikan konsep Pendidikan Seni Visual (PSV) serta matlamat dan objektif PSV Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
  2. Menerangkan kepentingan PSV dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
  3. Menganalisis dan menghargai serta mengulas sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh Seni dan pendidik Seni
  4. Menganalisis dan menghurai kesenian pelbagai budaya dalam aspek-aspek bidang, konsep dan nilai serta karya-karya terkenal
  5. Menerangkan konsep, fungsi, bahan dan menganalisis kepentingan rekabentuk dan kraf
  6. Menghuraikan kepentingan PSV dalam era teknologi tinggi







Alat Komunikasi

  • Alat atau bahan untuk berinteraksi bagi meluahkan pendapat dan perasaan. 
  • Menjelaskan konsep secara visual.
  • Komunikasi visual yang baik membolehkan seni visual dapat disampaikan dengan berkesan kepada audien.
  • menyampaikan mesej melalui media massa
  • sebagai tujuan perdagangan dan komunikasi yang memberi maklumat.

Ekspresi

  • Tindak balas emosi hasil daripada interaksi dengan persekitaran, orang lain / masyarakat, peristiwa dan benda.
  • Meluahkan perasaan dan pandangan dalam bentuk visual.        

Kemahiran

  • Bakat dan kebolehan dalam potensi diri individu.
  • Mengaplikasikan pengetahuan dan teknik-teknik seni visual .
  • Meningkatkan kemahiran dan membolehkan seseorang itu mengenal, membeza, membuat dan menilai hasil serta ciptaan seni visual dalam kehidupan seharian.
  • Kemahiran teknik penghasilan menggambar, rekaan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional
  • kemahiran mengaplikasikan konsep asas seni reka dan prinsip rekaan
  • kemahiran teknologi digital dan multimedia

Pengetahuan dan Kefahaman

  • Disiplin ilmu yang mampu memupuk dan membentuk secara halus nilai-nilai dalam diri manusia melalui aktiviti-aktiviti seni yang mengabung jalinkan tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.
  • Pengetahuan dan kefahaman berdasarkan kajian , penerokaan, eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan seni visual. 
  • Penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber.

Menajamkan Kepekaan Pengamatan

  • Membuat dan melihat sesuatu menggunakan pengamatan pelbagai  pancaindera serta menggunakan perasaan dan akal.  
  • Berkemampuan untuk menyuburkan individu dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.  

Kreativiti

  • Naluri yang digunakan untuk menyelesaikan atau meluahkan sesuatu masalah hidup. Melibatkan idea baru, rekacipta, fleksibel, keaslian, kelancaran,  mengubah/mentafsir semula, dan kebebasan.
  • Membentuk peribadi yang kreatif, citarasa yang baik dalam menikmati keindahan alam.
  • Mencabar keupayaan individu untuk mencetuskan idea-idea seni melalui adunan pengalaman dengan pemerhatian, pengamatan, pemahaman, penaakulan, pemilihan, mentafsir lalu memindah dan menterjemahkan idea tersebut kepada media atau bahan.  
Pertimbangan dan Kesedaran Estetik
  • Karya seni adalah kombinasi simbol-simbol estetika bertujuan mewujudkan perasaan.
  • Melahirkan pembuat, penghayat dan  penggiat seni yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan estetika yang baik.
  • Peka terhadap alam sekitar. 
Pembangunan Manusia
  • Mampu bertanggung jawab dengan penuh yakin terhadap alam sekitar, memelihara dan menjaga khazanah budaya bangsa serta dapat mengubah sosio- ekonomi.
  • Mengunakan seni visual berasaskan media konvesional, media cetak dan media elektronik dalam  kehidupan seharian.
  • merakamkan dan memelihara perasaan
  • menggambarkan nilai-nilai masyarakat

Islam
  • Al - Ghazali
  • Sidi Ghazalba
  • Al - Faruqi
Menurut Al-Ghazali, Keindahan seni bukan sekadar bersifat fizikal tetapi perlu dihayati. Penghayatan seni perlu dihayati dari sudut luaran dan dalaman.” Selain daripada itu,penghayatan dalam penghasilan seni berkait rapat dengan nilai-nilai estetika, kerohanian dan keagamaan.                                                     
Menurut Al-Faruqi,  setiap motif dan bentuk seni yang dihasilkan oleh seseorang pengkarya adalah berlandaskan kepada konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan.

Cina
-   Ma Yuan
-   Kuo Shi
-   Zheng Xie (Orchid and    Bamboo)

 Falsafah dalam stail catan lanskap China:
 -    ” Melukis tanpa sombong ” – memperelokkan lagi hasil yang telah sempurnabagi mempertingkatkan mutu catan
-    ” Tidak menghadapi kerja dengan lalai ” – haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran     sebelum melukis  bagi mendapatkan kerja yang sempurna.
-     Menggambarkan ”alam semulajadi” -  merakamkan keindahan suasana
-     Merujuk perkataan ”Shang Shui” - membawa maksud gunung dan air.
-     Merujuk kepada konsep ”Yin dan Yang” – menjadi teras dalam stail catan yang menunjukkan keseimbangan dalam kekuatan dan kelemahan.

India
  • India -  Mughl Art (zaman Mughl)
-       Mir Sayyid Ali
-       Khwaja Vaduz Samad
-       Muhammad Nadir


Jepun
Ciri-ciri catan lanskap Jepun
(i) Tertumpu kepada ciri-ciri kepercayaan ”Shinto” yang membawa pengertian terrhadap keseluruhan catan
(ii) Interaksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui catan.
(iii) Bermiripkan konsep ”Yin dan Yang” daripada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan  yang melalui perlambangan  kabus, air, awan, burung dan lembah
(iv) Bentuk-bentuk figuratif lebih ketara dengan memaparkan pengabdian terhadap alam dengan aktiviti-aktiviti
(v) Memperkembangkan dan kombinasi dengan stail dakwat China Zen


Barat
i)      Menurut Herbert Read Pendidikan Seni Visual adalah berasaskan aspek  psikologi yang melihat perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan diri.  Seni menjadi alat untuk pendidikan dan pembentukan diri.
- memupuk minat murid
- memperkembangkan bakat
- membentuk peribadi yang kreatif, citarasa yang baik dalam menikmati keindahan alam
- membuat ekspesi diri dan komunikasi
- melahirkan idea dan perasaan dalam sesuatu ciptaan
ii)     Menurut Pestalozzi semua kanak-kanak patut diberi peluang belajar Pendidikan Seni Visual samada berbakat atau tidak.  Kepentingan aktiviti mata dan tangan diajar dengan menekankan konsep pendidikan sepanjang hayat.
iii)    Menurut John Dewey aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.  Pendidikan Seni Visual adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni sebagai cara penyusunan pengalaman.
iv)     Menurut Laura H.Chapman seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kepada kehendak dan perubahan dalam keperluan ahli masyarakat.  seni bermakna jika masyarakat menitikberatkan imaginasi yang direalitikan
v)     Menurut Frank Cizek Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai ekspresi bebas dalam pendidikan.  Kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. 


No comments: