Panduan Menjilid Laporan Penyelidikan Tindakan

PANDUAN MENJILID LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2010



1.0 PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

2.0 KERTAS
2.1 Saiz :  A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)
2.2 Warna:  Putih

3.0 PENAIPAN
3.1 Jenis Huruf:   ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’
3.2 Selang Baris:  DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am.  Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan Terjemahan Abstrak dan Rujukan
3.3 Ukuran:  Ukuran Muka Surat seperti berikut:
               • Atas   : 2.5 cm daripada jidai atas
               • Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah
               • Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan
               • Kiri   : 4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:

i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai atas kecuali tajuk laporan penyelidikan,   rujukan dan lampiran.

ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip. Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman berikutnya sebagai perenggan baru.

iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan tanda sempang.

iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya DUA baris teks.

3.4 Format Am :    Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali subtajuk. 

3.5 Nombor Halaman

                i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah 1.5 cm daripada birai bawah    dan 2.5 cm daripada birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan huruf teks, tanpa hiasan.

                 ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan angka kecil roman secara berturut-turut sepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….

                 iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4…….

Peringatan: halaman pertama teks dianggap sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai (1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya, tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman berikutnya.

4.0 CETAKAN

Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah pada sebelah kanan.


5.0 PENJILIDAN

      5.1 Serahan :   Menyediakan LIMA (5) naskah tesis. Naskah untuk pemeriksaan penyelia/penilai kedua) hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenis biasa SAHAJA.

       5.2 Penduaan Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

       5.3 Warna :   Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan kulit jenis “buckram” dan bertulisan emas.  Warna kulit adalah Merah Tua (maroon).

Peringatan: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan pembentangan dalam seminar penyelidikan.

6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN

6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun mengikut urutan berikut:
Judul lengkap penyelidikan  
Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan 
Penyataan tujuan penyelidikan
Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar
Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan ‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran 5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cm daripada birai bawah.

Kulit Laporan Kajian




6.2 Tulang Kulit 

Maklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklah dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang berikut:

7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun mengikut format Penyelidikan Tindakan.

8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:
8.1 Kertas Kosong

8.2 Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih dahulu.




        8.3 Halaman Pengakuan Penulis
Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian penyelidikan.  Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis.
Contoh Halaman Pengakuan Penulis

        8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)
Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta atau gambar.
  
        8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)
Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat. Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atau organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam penyediaan kajian.  Sila lihat contoh pada Lampiran E.

        8.6 Abstrak 
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.  Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja.  Ia hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan, kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan.  Sila lihat contoh pada Lampiran F dan G.

        8.7 Halaman Kandungan 
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada tajuk yang terdapat dalam penyelidikan.  Sila lihat contoh pada Lampiran H.

        8.8 Halaman Senarai Jadual
Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam penyelidikan ini.  Sila lihat contoh pada Lampiran I.

        8.9 Halaman Senarai Rajah
Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan peta.  Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang memuatkan rajah tersebut.  Sila lihat contoh pada Lampiran J.

        8.10 Halaman Senarai Lampiran
Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungi lampiran.  Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan, jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam lampiran.
b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran.  Lampiran juga boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. 

        8.11 Teks
a. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah mengandungi tajuk/judul yang membayangkan kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan Tindakan.  Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.

b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan.  Elakkan menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.

c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan Penyelidikan Tindakan.

1.0 PENDAHULUAN
1.1   Pengenalan
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 

2.0  FOKUS KAJIAN

2.1 Isu Kajian 
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 
3.0   OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN  

4.0 KUMPULAN SASARAN 

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
   
6.0 CARA PENGUMPULAN DATA     

7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0  RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0  CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0 SENARAI RUJUKAN

8.12 Sistem Rujukan 

8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber, penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.  Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

(a)  Menyatakan hasil karya seorang pengarang:

Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…

Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan individu yang menyeluruh (Choy, 2006).

(b)  Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:

Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…

Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee &  Boon, 2005).
(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:

Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006) menyatakan …

Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon, 1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan
Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku 
Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney: 
     Hodder Headline. 

        (b) Jurnal 
Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher                        education: The efficiency dimension [Prestasi institusi dalam              pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of                                Educational Research, 2, 175-199. 

        (c) Surat khabar 

Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. 
     Utusan Malaysia, hlm. 15. 

       (d) Tesis tidak diterbitkan 

Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru 
     Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
     Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. 

       (e) Media elektronik 

Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh 
    Jan 15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/               survey-1997-10/ 

     (f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang) 

 GVU's 8th WWW user survey.(n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004 
      dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/ survey-1997-10/
8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks



Pengarang Melayu                                  

Mohd. Ali (2005) menyatakan …




Pengarang Cina                                      
Lim (2006) menyokong …



Pengarang India                                      
Krishnan (2003) menerangkan…



Dalam Senarai Rujukan

Dalam senarai rujukan, tulis nama penuh pengarang yang tidak mempunyai nama keluarga. 

Mohd.  Ali  b.  Mohd.  Bakar.  (2005). Merdeka.  Kuala 
   Lumpur:   Penerbit Taufik Intelek Sdn. Bhd.

Lim, C. B. (2006). Politik   dan  saya. Kuala Lumpur: 
   Azrizad Sdn. Bhd.  
    
Krishnan   a/l   Thambipillay.  (2003).  Dunia    politik.    
   Kuala   Lumpur:   Tasha Publications.



9.0 Had Maksimum 

Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak melebihi 10 000 patah perkataan.

No comments: