Sunday 22 September 2013

Pentaksiran Konsep kendiri

Pentaksiran Konsep kendiri

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri.  Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:
tanggapan diri seseorang individu
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri;

membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;
memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;
mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, dan
membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Kaedah:

1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru  hendaklah                    
•  meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam   proses pembelajaran
• mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri.
•  melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak  atau alat rubrik
•  membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya;

2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri”


Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

1 comment:

Wg said...

Terima kasih cikgu... sangat membantu time exam2 ni.. hihi