Monday, 8 February 2016

Anika Jenis Buah

Buah Gac

Buah Gac
Dikenali  dengan nama saintifik Momordica cochinchinensis merupakan buah yang biasa terdapat di Asia Tenggara hingga ke timur laut Australia termasuklah Thailand, Laos, Myanmar, Cambodia dan Vietnam.

Ia lazimnya dikenali sebagai gac [ɣək˦˥] di Vietnam, mùbiēguǒ 木鳖果 di China atau baby jackfruit bagi orang Inggeris. Dalam kalangan orang Thailand menamakannya sebagai Fahk Khao dan Taw Thabu di Myanmar.

Gac atau Tembikai Merah, berbuah setahun sekali pada musim-musim tertentu sekitar bulan Disember dan Januari, menyebabkan kurangnya kelihatan jika dibanding dengan buah-buahan lain. Di Vietnam, buah ini sering ditampilkan ketika berlangsung majlis-majlis upacara atau perayaan seperti Tết (tahun baru Vietnam) dan majlis perkahwinan. Buah dengan satu warna jingga gelap selama proses matang dan masak. Biasanya berukuran 13cm hingga 10 cm apabila masak. Kulit luarnya dilindungi oleh duri-duri kecil manakala bahagian dalam terdiri daripada rangkaian makanan pulpa berisi dan benih. Rasanya sedap dan nyaman walaupun tidak manis. Penuh dengan khasiat yang dapat meningkatkan penglihatan.
Pokok Gak yang selamanya menjalar bagai ular daun sepertinya sedar akan tanggungjawabnya pada makhluk dunia untuk setia pasti memancarkan senyum manis lewat kelopak bunganya yang berwarna putih susu buat tatapan pria-pria tulen pencari madu yang tidak pernah jemu berterbangan setiap pagi, juga buat sang penjaga kebun yang mengharapkan buah Gak ini akan dapat dipersembahkan pada setiap sambutan tahun baru. Setiap individu pasti mengharapkan tuah dan kebaikan terlempar kepadanya setiap munculnya tahun baru. Detik dan saat ketika November, Disember dan Januari sedang merangkul waktu, buah Gak dengan gaya dewa pemberi rezeki bergayutan di balik daun. Pasangan muda atau tua malah pasangan si tua dengan si muda yang berpegang teguh kepada pendirian cinta itu buta tanpa batas umur pasti merasa kekurangan sesuatu yang sukar dirungkai kalau hasrat untuk mendirikan rumahtangga tidak kesampaian pada ketika ini. Bulan berikutnya tidak ada lagi buah berwarna oren berjuntaian atau bersembunyi di balik daun. Bulan berikutnya adalah petanda jelas yang musim buah bagi pohon gak sudah berakhir

Cay Nhot

Buah Nhot
Buah ini cuma sebesar ibu jari berwarna hijau sebelum masak kemudian bertukar kepada kuning ketika matang dan berwarna merah apabila sudah cukup masak. Buah ini Tuhan kurniakan dengan banyak di bahagian utara Vietnam dan mereka menamakannya sebagai Cay Nhot. Cay Nhot bermakna buah Nhot. Nama saintifik ialah Elaeagnus latifolia dari keluarga Elaeagnaceae. Dikenali juga dengan nama Bastard Oleaster. Di Vietnam pokok ini turut dikenali sebagai Tasik Bukit, Bukit Putera Bo, Lu, Cik Permata.




Cay Nhot mempunyai rasa manis dan asam yang
silih berganti pada masa yang sama
Cay Nhot mempunyai rasa yang manis dan asam yang silih berganti pada masa yang sama. Terdapat lapisan seperti kapur berwarna putih pada lapisan kulit buahnya yang nipis dan perlu ditanggalkan terlebih dahulu dengan menekan buah lembut ini dengan jari pada sekeliling buah yang kecil ini. Ini akan menanggalkan lapisan kapur itu disamping merongkai ikatan isi dengan bijinya. Ketika isi dan bijinya sudah terpisah, saat untuk menikmati jangan lagi ditangguh.






Gadis Vietnam suka memakan buah ini dengan mencampurkannya dengan perasa dan garam. Buah ini juga menjadi sebahagian daripada bahan-bahan untuk memasak sup masam. Bahkan pokoknya yang lembut turut digunakan sebagai ubat dalam perubatan tradisional.
Pokok ini sesuai tumbuh pada tanah lengas atau kering dan tahan kemarau. Penduduk luar bandar biasanya menanam pokok ini dalam taman atau di hadapan rumah. Ketika musim sejuk, rantingnya yang kecil dan lembut kekal setia menunggu ketibaan musim bunga dengan tunas tunas baru dan melakar cahaya putih pada dedaunnya yang kelihatan dilapisi kapur. Saat tibanya musim berikutnya, jambak bunga segar Nhot bingkas dengan warna putihnya seperti ingin menikmati kesetiaan dan kerinduan pada belaian cahaya matahari musim bunga yang panas dan ternyata keputusan menunggu musim itu berbalas oleh kerdipan bunganya yang putih biru yang cantik dan serinya turut dikongsi oleh sekitar. Munculnya Nhot dengan dedaunnya yang hijau menjadikan pedesaan Vietnam dianugerahi dengan kecantikan tulen sehingga sangat diyakini sesiapa saja yang berkunjung pasti akan mengingati suasana ini. Kah kah kah. Apa lagi kalau gadis secantik itu turut menemani anda. Sudah barang tentu penampilan anda jadi berbeza dengan rasa terangkat tinggi seperti usia remaja datang kembali dengan sejuta perasaan bahawa saat itu tidak akan ada penamatnya.

Buah Tarap
Tarap, juga dikenali sebagai terap, Marang, Oak Johey, Green Pedalai, Madang, tarap, atau timadang. Ia berasal dari Borneo, Palawan, dan Pulau Mindanao, dan berkait rapat dengan pokok-pokok nangka, cempedak dan sukun yang semua tergolong dalam genus yang sama, iaitu Artocarpus. Nama saintifik ialah artocarpus odoratissimus. Dikenali juga dengan buah Kiran di Sarawak. Hanya saja dengan kelebaran daunnya akan memaksa orang merasa teruja. Lebih mengujakan kalau daunnya yang kasar seperti dawai pencuci periuk itu diguna untuk menggilap muka nascaya tidak akan ada ruang di wajah yang nampak serinya untuk tempoh paling kurang tiga bulan. Daun pokok ini memang kasar ketika di pokok mahupun ketika daun ini telah gugur ke tanah. Sebab itu kadangkala daun tarap digunakan untuk melicinkan kayu dalam hasil kerja seni ukiran.
Pokok berdaun lebar ini biasa terdapat di Kepulauan Borneo, Palawan dan Pulau Mindanao. Di Filipina ia dikenali dengan nama Johey oak atau Marang. Walaupun kulitnya kasar tetapi mudah ditanggalkan. Ketika buah tarap tersentuh ke mulut, baharulah kita menyedari betapa bertuahnya makhluk yang mendiami kepulauan ini kerana adanya buah tarap yang rasa manisnya lain daripada rasa manis yang ada pada buah-buahan lain. Lemak dan lembut yang segar. Terdapat pelbagai spesis pokok ini. Biasanya dibezakan oleh saiz buah dan ketebalan isinya. Namun terdapat juga isi buah ini yang berwarna oren.
Baunya yang agak kuat apabila masak menyebabkan larangan membawanya ke hotel penginapan sama seperti nasib yang dialami oleh buah durian. Sejujurnya, buah ini mengeluarkan haruman yang segar menyelerakan. Tidak sebagaimana bau ikan masin atau tahi anjing. Jauh sekali tahi manusia walaupun berwajah cantik dan ayu menggoda. Daunnya lebar dan berbulu kasar. Pohonnya yang tinggi seperti sang gergasi yang ingin menggapai awan. Ketinggian sehingga boleh mencapai 30 meter. Pohon mula berbakti lewat buah-buahnya yang berjuntaian riang paling kurang 5 tahun setelah ditanam. Tumbuh diberbagai jenis tanah dan umumnya di hutan tropika.
Buah Tarap termasuk dalam keluarga Moraceae. Pokok ini termasuk antara pokok buah buahan eksotik hutan Borneo yang tumbuh sesuka hati di seluruh daratan pulau ini.
Biji buah tarap ini yang cuma sebesar biji kopi juga boleh digoreng tanpa minyak. Bukan kerana kelaparan atau kebuluran tetapi kerana rasanya sedap seperti kacang tanah.
Penanaman secara komarsial pohon tarap belum mendapat perhatian sepenuhnya, sebagaimana beberapa jenis buah buah eksotik hutan Borneo. Padahal potensi tumbuhnya sangat mudah dengan hanya memperbanyakkan penanaman melalui biji yang disemai. Terdapat juga pokok ini yang tumbuh di Semenanjung Malaysia tetapi spesis yang tidak sesuai untuk dimakan dan buahnya kecil. Persamaan hanya pada struktur daun dan bau ketika buahnya masak. Dikenali dengan nama Tarap Hutan atau tarap Monyet. Adalah sangat dipercayai dan diyakini bahawa tiada seekorpun monyet sedar akan kewujudan nama pokok ini sempena nama mereka.

Buah Ajaib
Buah Magic Fruit/miracle fruit atau buah ajaib mula mendapat perhatian ramai setelah mengetahui kemampuannya mengubah rasa asam kepada manis. Pokok ini berasal dari Afrika Barat. Nama saintifik ialah Synsepalum dulcificum ini berwarna merah dari keluarga Sapotaceae. Buah ajaib ini cuma sebesar biji kopi. Rasanya manis yang nipis bahagian lapisan dalam pada kulitnya. Selepas memakan buah ini, semua jenis buah yang rasanya asam atau makanan yang masin akan terasa manis. Begitu juga dengan minuman. Inilah sebab utama buah ini diberi nama buah ajaib. Sukar untuk tidak mempercayai keajaiban itu sebab pokok di depan rumah ini sedang berbuah sementara anak-anak pokok ini sudah tersedia dalam polybag dan menunggu untuk anda beli secara tunai dengan cuma RM20.00.
Buah Ajaib ini mengandungi sebatian protein yang disebut sebagai Miracullin. Miraculin adalah sebatian Glikoprotein yang mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat. Bila sebatian-sebatian protein ini digabungkan dengan asid maka akan dapat menstimulasi rasa manis pada lidah kita. Setelah memakan buah ini lalu makan jeruk yang masam, sensasi yang diterima lidah bukannya masam tapi manis. Jadi waspada kepada mereka yang mengidap gastrik. Walaupun miraculin mengubah persepsi rasa, tetapi tidak mengubah susunan kimia dari makanan. Makanan asam yang berubah rasa kepada manis disebabkan oleh buah ajaib akan tetap memberi kesan yang tidak selesa kepada pengidap gastrik. Persepsi rasa manis hanya berlaku di dalam mulut ketika mengunyah.

Coco de Mer

Dari belakang, buah coco de mer ada persamaan dengan punggung yang lengkap. Dipandang dari depan, ia adalah satu replika bersaiz rantau pembiakan wanita, termasuk puncak paha, perut yang terdedah dan bentuk jalur 'V' sebagai pelengkap. Ia sepatutnya boleh dinamakan kacang ponggung, kerana bentuk-bentuk yang ada padanya. Ahli-ahli sains menggunakan taksonomi binomial Pokok Kelapa Laut maldivica itu. Apa sahaja yang anda ingin memanggilnya, ia adalah Kim Kardashian daripada alam tumbuhan.
Buah Coco de Mer, berdiameter 40 - 50 cm, dengan berat antara 15 - 30 kg sebiji. Dari bunga mula berputik hinggalah ke biji yang tua, memerlukan waktu selama tujuh tahun. Proses lengkap buah boleh dijadikan benih memerlukan waktu dua tahun. Setelah biji ditanam, diperlukan waktu sekitar 20 ke 40 tahun untuk berbuah. Ada juga pengkaji mengatakan antara 40- 60 tahun untuk berbuah. Tinggi tanaman boleh mencapai 25 hingga  35 meter. Daun Coco de Mer melebar dengan panjang 7 hingga 10 meter, lebar 4, 5 meter.
Pokok Coco de Mer sebagaimana manusia normal yang ingin menikmati gelombang cinta gelora memerlukan pasangan untuk berbuah iaitu pokok jantan dan betina. Tanpa pasangan pokok ini akan merajuk dan menunjuk rasa dengan enggan berbuah. Tetapi yang jelas, proses persenyawaan menjadi tidak lengkap. Menjadi tarikan buah pokok ini ialah bentuk tempurung buahnya yang mirip dengan bentuk pinggul wanita. Namun sebenarnya, tidak semua buah Coco de Mer akan berbentuk demikian. Hanya buah yang berisi dua biji yang akan berbentuk seperti pinggul perempuan. Terdapat juga yang berbiji satu, berbiji dua, berbiji tiga, dan berbiji empat. Dugaan saya pasti benar kalau anda juga akan memilih yang berbiji dua bukan kerana bentuk yang terhasil ialah pinggul perempuan. Ini jelas kerana buah yang nilainya tertinggi sebagai koleksi, atau sebagai hiasan ialah yang berbiji dua berikutan permintaan terhadapnya juga tinggi. Sejujurnya, jika diberi pilihan, kita juga akan memilih yang berbiji dua. Tetapi sekiranya dapat yang cuma berbiji satu atau yang terlebih biji kepada tiga atau empat, kita masih boleh tersenyum pahit dengan menanamnya dan menunggu selama 20 - 40 tahun dengan harapan ia berbuah dengan dua biji.
Nama latin Coco de Mer Lodoicea Maldivica, digunakan untuk menghormati Raja Louis XV dari Perancis. Louis dalam bahasa latin adalah Lodoicea. Meskipun kemudian terbukti bahawa Coco de Mer endemik kepulauan Seychelles, nama maldivica tetap melekat pada nama latin Coco de Mer. Sama dengan Maldives, Seychelles sendiri adalah sebuah negara kepulauan. Terdapat 46 buah pulau dan 67 pulau karang di negara ini. Yang paling besar adalah pulau Seychelles, kedua pulau Praslin yang terletak di timur laut Seychelles.



Kashkul: Hasil kraf  pada abad 19 Iran menggunakan Coco de Mar
Pulau Curieuse adalah pulau kecil yang terletak di sebelah utara Praslin. Yang menghairankan, Coco de Mer hanya tumbuh di dua pulau kecil ini, padahal pulau-pulau lain berdekatan letaknya dengan Praslin dan Curieuse.
Berbeza dengan buah kelapa biasa yang bahagian dalamnya berongga dan berisi air, biji Coco de Mer padat. Biji ini terlindung dalam tempurung yang tebal dan juga keras. Meskipun bahagian luar buah berlapis sabut tebal, seperti kelapa biasa, Coco de Mer masih terlalu berat hingga tidak mampu mengapung di air laut. Pokok Coco de Mer kini merupakan spesis yang dilindungi. Sebarang usaha membawa bijinya keluar dari Seychelles perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa. Walaupun benih pokok ini boleh dibeli oleh individu tetapi harganya yang mahal dan pengurusan yang ketat menyukarkan orang membelinya. Harganya boleh mencacah USD500. Masalah tambahan yang mengancam perkembangan pokok ini ialah bencana kebakaran terutama ketika pokok ini baru mula mengeluarkan buah.


Buah Kiwano

Buah ini berasal dari Gurun Kalahari dan kini terdapat 
juga di  California, Australia dan New Zealand. 
 Sedikit menghairankan, kenapa buah berduri ini tidak diberi nama timun landak, atau timun bom sebagaimana bentuknya atau mungkin juga timun alien. Bagaimanapun, buah ini tidak juga secara biologi dikaitkan kepada burung kiwi sebagaimana namanya, dan sebenarnya lebih rapat dalam makanan berkhasiat dan syarat-syarat evolusi kepada timun dan zucchinis. Nama saintifik tembikai bertanduk, ialah Cucumis metuliferus. Tumbuhan ini sebagaimana keluarga Cucurbitaceae atau timun yang lain adalah jenis menjalar. Di Utara Zimbabwe buah ini dinamakan gaka atau gakachika. Timun Afrika atau Kiwano sangat sesuai dengan namanya sebagai timun bertanduk atau tembikai bertanduk kerana keadaannya yang dipenuhi duri pada bahagian kulit buah ini. Teringat juga pada sekumpulan pelajar dari Sweden yang menggelarkan durian sebagai Alien fruit apabila pertama kali melihat buah itu di Malaysia. Kalau mereka melihat buah Kiwano ini pasti buah ini juga bakal mendapat gelar sebagai Alien cocumber.
Buah kiwano berduri tapi boleh
 dimakan mentah macam
 timun biasa. Duri tidak keras.
Buah Kiwano berwarna hijau gelap dan berubah kuning oren apabila telah cukup matang. Buah ini rasanya campuran timun, buah kiwi dan pisang dengan perasa sedikit manis dan masin. Memandangkan bahawa buah ini mengandungi lebih daripada 80% air, ia boleh berfungsi sebagai bekalan air. Bagi mereka yang berhasrat untuk mengurangkan berat badan dicadangkan mengambil buah ini kerana seseorang tidak akan merasa ketidakselesaan dan keperitan akibat kelaparan. Ini adalah disebabkan oleh kadar kepekatan nutrien yang tinggi dan kaya dengan zat makanan, disamping kalori dan lemak yang rendah. Buah kiwano berduri tapi boleh dimakan mentah macam timun. Beberapa faedah kesihatan paling menarik kiwano termasuk berfungsi untuk meningkatkan keupayaan kognitif, menghalang beberapa jenis penyakit kronik, bantuan dalam kehilangan berat, melindungi kulit, menggalakkan metabolisme, meningkatkan kesihatan mata, mengukuhkan tulang, mengoptimumkan penghadaman, dan menyegerakan penyembuhan luka.

Buah Namnam
Buah Namnam atau buah Katak Puru 
Agak pelik nama buah ini kerana setengah tempat menamakannya sebagai buah Kopi Anjing. Apa perkaitan antara buah ini dengan kopi dan anjing. Adakah kerana buahnya yang mengerutu dan berwarna coklet. Rasanya tidak juga. Tapi itulah hakikat buah ini. Buah Nam Nam. Setengah tempat pula menamakannya sebagai buah Katak Puru. Pokok Katak Puru ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cynometra cauliflora. Ia juga dikenali sebagai Pokok Hima atau Namu-namu. Terdapat juga di sesetengah tempat menamakannya dengan heunceut anjing atawa pukih. Namnam (Jawa, Madura), kuwanjo (Bali), anjing-anjing (Malayu), puci anggi (Bima), puti anjeng (Makassar), arepa (Bugis), aloma (Seram), lamuta (Ambon), kfamute (Buru), namet (Halmahera Kidul), jeung namo-namo (Ternaté).
Pokok ini dari keluarga Leguminosae/ Ceasalpinioideae dan berbuah di pangkal pokok seperti juga buah Asam Pahong. Sungguhpun Nama dan bentuk buahnya yang menggerutu ternyata buahnya serta daun pokok ini mempunyai khasiat yang banyak dalam perubatan. Buahnya dimakan kerana rasanya yang asam manis dan tambah menyelerakan bila dicampur dengan garam, kicap dan cili. Sementara daun muda pokok ini berkhasiat untuk meringankan gejala cirit-birit, mengubati penyakit kencing batu, penawar darah tinggi dan kencing manis, menurunkan berat badan. Daun perlu diambil biasanya dalam jumlah yang ganjil seperti 5 helai, 7 helai, 9 helai yang perlu direbus dan diminum.


Buah Kola Monyet
Add caption
Terimalah hakikat bahawa sekiranya pokok berbuah yang tumbuh terbiar di hutan ia pasti akan menerima gelar pokok hutan atau monyet. Demikian juga dengan nasib pokok Kola Parchycarpa. Kola Parchycarpa dikenali juga sebagai Kola Monyet biasa terdapat di beberapa tempat di Afrika seperti Nigeria dan Cameroon bahkan terdapat juga di Jamaika dan Brazil. Buah ini boleh dikenali melalui pelbagai nama mengikut nama setempat. Di Selatan Nigeria buah ini dikenali sebagai "achicha" atau "ohiricha".  Di sesetengah tempat di Afrika, buah ini dijadikan makanan utama kerana masalah kekurangan makanan dan kebuluran.  Buah Kola Monyet kaya dengan mikronutrien dan juga mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat kepada kesihatan.



Di bahagian tengah ialah biji yang keras terbahagi dua
yang ketika dipisahkan akan kelihatan seperti bentuk hati.

Kulit buah yang kasar dan mengerutu. Selepas dibuang kulit kasar hanya akan tinggal lapisan kulit yang halus. Lapisan ini perlu dibuka untuk menampilkan isi yang halus dan berkilat seperti marmar yang digilap.  Warna seperti buah mempelam yang rangup lembut. Di bahagian tengah ialah biji yang keras terbahagi dua yang ketika dipisahkan akan kelihatan seperti bentuk hati.
Rasanya sangat mengujakan - kerangupannya seperti lobak merah dan kacang peas. Rasa yang manis dan lebih menyelerakan bila dimakan bersama gula, garam dan lada mentah. Sebenarnya ada banyak jenis buah dari keluarga Malvaceae dengan rasa yang enak. Kola Monyet ialah tumbuhan dari keluarga sterculiaceae.
Ianya terdiri daripada tiga spesis iaitu Cola latertia yang berwarna merah, Cola parchycarpa berwarna kuning dan Cola lepidota berwarna putih.

Panama Candle Stick Tree 

Keadaan berserabut pada isi buah  batang lilin
Tanaman pokok batang lilin merupakan tanaman yang buahnya berbentuk lilin. Jadi sangat mudah diduga mengapa namanya demikian. Ia berkait rapat dengan bentuk buahnya yang panjang seperti batang lilin. Dikenali juga dengan nama Candle tree dari keluarga Bignoniaceae.  Selain itu,  pokok ini juga selalunya dirujuk sebagai: Dacryodes excelsa, Parmentiera cereifera, Senna alata dari keluarga Fabaceae (Candelabra bush, empress candle plant, candlestick tree, ringworm tree). Pokok ini lazimnya terdapat di Panama, namun terdapat juga di beberapa taman botani terkenal di dunia. Pokok ini tumbuh sehingga 6 meter tinggi. Buah seperti beri cuma bentuknya yang panjang sehingga 60 sentimeter panjang. Ia berwarna hijau, dan berubah kepada kuning apabila semakin matang dan bentuknya seperti lilin. Walau bagaimanapun, tiada perhatian mendalam terhadap kaedah penanaman pokok ini. Walau bagaimanapun didapati di kawasan-kawasan yang mendapat hujan yang tinggi, pokok-pokok ini tumbuh agak cepat.
Daun pokok lilin bersaiz sehingga 5 cm dengan 3 -4 helai. Bunganya berbentuk corong dengan 5 kelopak berwarna putih atau kuning kehijauan. Manakala buahnya berbentuk tirus berjuntai ke bawah dan boleh mencapai antara 20 – 60 cm panjang.
Buah pokok lilin walaupun berserabut tetapi boleh dimakan mentah atau dimasak. Ia mempunyai rasa menyerupai tebu.
Walaupun pokok lilin Panama dapat disesuaikan dengan pelbagai keadaan iklim tetapi adalah paling kerap ditemui di kebanyakan hutan-hujan. Pokok ini dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan iklim malah didapati hidup di kawasan sejuk sederhana kerana boleh menahan frosts sederhana.



Dalam perubatan tradisional masyarakat pribumi Mexico sejak zaman purba Aztec, bahagian-bahagian pokok lilin ini digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang, senak perut, selesema dan jangkitan telinga. Mereka menjadikan 50 gm daun yang dijadikan teh dan dicampurkan ke dalam 1 liter air sebagai minum harian. Untuk jangkitan telinga, bola kapas direndam ke dalam campuran tersebut dan dimasukkan ke dalam telinga.


Buah Merah/ Pandanus Conoideus Lam
Buah Merah/Pandanus Conoideus Lam
Buah merah adalah buah yang hanya terdapat di daerah Papua New Guinea. Buah Merah juga dikenali dengan nama saintifik Pandanus Conoideus Lam, yang merupakan salah satu tanaman dari jenis pandanus. Tanaman buah merah ini dikatakan terdapat hingga 12 kultivar dan tersebar luas di persekitaran daerah Papua dengan ketinggian hingga 2.300 dpl, seperti di lembah Baliem Wamena, serta di beberapa daerah terpencil lainnya di Papua seperti Arfak, Jayapura, dan kawasan pergunungan Bintang.

Potensi utama dari buah merah ini secara tradisional digunakan sebagai sumber minyak nabati (minyak karotenoid ) oleh masyarakat yang tinggal di daerah pergunungan dan pesisir. Minyak buah merah juga digunakan sebagai penyedap makanan masyarakat Papua, seperti sagu dan ubi jalar. Buah merah mengandung lemak yang cukup tinggi, yaitu 35 % per kg. Kandungan lemak buah ini pada umumnya lebih lemak dari minyak goreng. Dengan demikian, buah merah juga memiliki potensi sebagai sumber minyak nabati selain kelapa dan kelapa sawit.




Buah Abiu
Buah yang masak berwarna kuning berkilat 
Buah ini dikenali dengan nama yang berbeza beza mengikut wilayah yang berbeza di negara-negara pengeluar seperti di Trinidad yang menamakannya ssebagai epal bintang kuning atau caimitt; di Colombia mengenalinya sebagai camio, Caimito amarillo atau madura verde; di Ecuador ia dikenali sebagai luma atau cauje; di Venezuela sebagai temare; di Portugal sebagai abieiro; dan di Ghana sebagai alasa. Berdasarkan nama berbeza yang diberi di setiap negara dapat diandaikan bahawa buah ini telah tersebar luas dengan kemampuannya tumbuh di pelbagai jenis tanah. Abiu tumbuh terbaik di kawasan yang lembab sepanjang tahun dan iklim yang panas. Habitat kawasan pertumbuhan pokok abiu hampir di semua kawasan tropika.
Abiu dianggap sebagai berasal dari hulu Amazon. Ia tumbuh liar di bahagian timur yang lebih rendah daripada Andes dari barat daya Venezuela ke Peru. Ia juga tumbuh di sekitar Tingo Maria dan Iquitos, Peru dan ia juga ditemui di Wilayah Guayas di Ecuador, di mana ia dijual di pasaran. Di lembangan Amazon, ia didapati tumbuh meluas di bahagian utara Brazil bahkan telah diusahakan sejak lama di Trinidad. Pokok Abiu yang kini terdapat di Malaysia adalah benih yang ditanam di Australia.

Pokok abiu sederhana besar dengan ketinggian mencapai sehingga 10 meter. Daunnya tersusun secara berselang, bersaiz 10-20 cm panjang dan 3-6 cm lebar. Bunganya jenis hermaprodit, berwarna putih dan keluar dari aksil daun sama ada secara tunggal atau berkelompok antara 2-5 kuntum setiap kelompok.
Buah yang muda berwarna hijau dan berkulit licin. Buah yang masak berwarna kuning berkilat dan kurang bergetah. Isinya berwarna putih krim, berjus, tekstur halus dan lembut, manis, aroma harum, sedikit bergetah dan mengandungi 1-4 biji yang berwarna hitam dan berbentuk empat segi panjang. Isinya seperti kelapa muda tetapi lebih manis.






Buah Aguaje 
Aguaje atau juga dikenali sebagai Mauritia flexuosa adalah buah yang sangat berkhasiat yang berasal dalam hutan hujan Amazon.
Buah ini dipanggil Buriti di Peru dan Canangucho di Colombia. Ia mempunyai bentuk bujur, bersaiz kecil dan tumbuh pada kayu yang elegan yang boleh mencapai sehingga 35m tinggi. Daunnya besar dan membentuk mahkota bulat, manakala bunganya yang kekuningan berbunga pada bulan Disember hingga April. Buahnya berwarna coklet gelap berkilat seperti buah berangan yang berkembang antara bulan disember hingga jun. Dari sudut yang lain, apa yang membuat Aguaje menarik adalah nama-nama yang diberikan kepadanya. Sebagai contoh, orang asli di Amazon menganggapnya sebagai 'pokok kehidupan'. Tetapi istilah yang lebih popular adalah 'buah lekuk'.
Buahnya berwarna coklet gelap berkilat seperti buah berangan yang berkembang antara bulan disember hingga jun.
Dikatakan bahawa memakan buah aguaje adalah antara kaedah yang terbaik dan paling semula jadi untuk mencapai punggung yang lebih besar dan berbentuk jam kaca pasir yang didambakan oleh ramai wanita.
Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia dipenuhi dengan fitoestrogen, yang memainkan peranan penting dalam keseimbangan hormon.
Oleh itu, bagi wanita yang telah memakan Aguaje, ia bermakna mengimbangi estrogen mereka di samping menyediakan ubat untuk pelbagai keadaan seperti ketidaksuburan dan menopaus. Ada yang mendakwa bahawa Aguaje membantu mereka mempunyai punggung yang lebih besar dan meningkatkan saiz pinggul mereka.

Dikatakan bahawa makan buah aguaje adalah antara kaedah yang terbaik dan paling semula jadi untuk mencapai punggung yang lebih besar dengan bentuk jam pasir yang didambakan oleh ramai wanita. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa ia dipenuhi dengan fitoestrogen, yang memainkan peranan penting dalam keseimbangan hormon.
Oleh itu, bagi wanita yang telah memakan Aguaje, ia bermakna mengimbangi estrogen mereka di samping menyediakan ubat untuk pelbagai keadaan seperti ketidaksuburan dan menopaus. Ada yang mendakwa bahawa Aguaje membantu mereka mempunyai punggung yang lebih besar dan meningkatkan saiz pinggul mereka.
Asid oleik di dalam buah ini adalah satu lagi sebab mengapa buah ini begitu penting kepada wanita yang ingin memiliki punggung yang besar. Asid ini memberi manfaat dalam membantu peningkatan estrogen untuk membangunkan ciri-ciri seksual wanita. Di samping itu, protein juga terdapat dalam buah-buahan, yang sangat penting dalam diet pembentukan punggung manakala vitamin dalam Aguaje memperbaiki badan secara keseluruhan.
Minyak Buriti mempunyai tindak balas anti-radang semulajadi yang menenangkan kulit dan memudahkan penghasilan kulit terhadap keadaan seperti ekzema dan psoriasis. Ia adalah secara mendalam dapat meningkatkan penghidratan dan membantu mengurangkan kekeringan terutamanya semasa musim musim sejuk. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, buah-buahan ini boleh memberikan mereka kulit yang lebih halus dan rupa yang lebih lembut. Buah ini juga kaya dengan minyak, menyebabkan ia sering digunakan dalam kosmetik untuk penjagaan kulit.
Aguaje pada dasarnya adalah buah yang disayangi oleh wanita di seluruh dunia  kerana faedahnya untuk mengimbangi hormon. Wanita yang mengambil buah-buahan ini mempunyai tahap estrogen yang lebih seimbang dan dapat mengelakkan kemandulan dan menopaus. Terdapat juga beberapa sumber mendakwa bahawa buah ini mampu mengembalikan kesuburan, tetapi ia tidak digalakkan untuk memakan buah-buahan dalam jumlah yang besar.

Ackee

Buah Ackee
The Ackee, juga dikenali sebagai achee, Ackee epal atau akee (Blighia sapida) adalah ahli Sapindaceae (keluarga soapberry), begitu juga dengan laici dan longan. Ia berasal dari tropika Afrika Barat di Cameroon, Gabon, São Tomé dan Príncipe, Benin, Burkina Faso, Ivory Coast, Gambia, Ghana, Guinea, Guinea-Bissau, Mali, Nigeria, Senegal, Sierra Leone dan Togo.
Vice Admiral of the Blue William Bligh FRS RN
Nama saintifik dianugerahkan kepada Sir William Bligh yang mengambil buah dari Jamaica ke Taman Botani Diraja Kew, England pada tahun 1793 dan memperkenalkannya kepada sains. Nama asal buah yang berasal dari  Afrika Barat ialah Akan Akye fufo. Buah ini dipercayai dibawa ke Jamaika dari Afrika Barat ketika kegiatan membawa hamba abdi sebelum tahun 1778. Dengan adanya buah ini telah menjadi ciri utama pelbagai masakan Caribbean dan juga tanaman di kawasan tropika dan subtropika di tempat lain di seluruh dunia.

Ackee merupakan pokok malar hijau yang tumbuh kira-kira 10 meter tinggi, dengan batang yang pendek. Daun lazimnya berukuran 15-30 sentimeter panjang. Ketika tiba musim bunga pokok ini mengeluarkan haruman yang wangi biasanya mekar pada musim panas. Setiap bunga mempunyai lima kelopak kehijauan-putih. Buahnya berbentuk pir. Apabila ia masak, ia bertukar dari hijau kepada merah terang kepada kuning-oren, dan membelah untuk mendedahkan tiga besar, biji hitam berkilat, setiap sebahagiannya dikelilingi oleh isi lembut berkrim, putih ke kuning. Buah biasanya mempunyai berat 100-200 gram.
Walaupun berasal dari Afrika Barat, penggunaan Ackee dalam makanan amat penting dalam masakan Jamaika. Ackee adalah buah negara Jamaika, dan Ackee dan ikan masin adalah hidangan kebangsaan. Wain Ackee mula diperkenalkan di Jamaica menggunakan buah Achee sebagai bahan utama. Ackee diperkenalkan ke Jamaica dan kemudian ke Haiti, Cuba, Barbados dan kemudiannya diperkenalkan ke Florida di Amerika Syarikat.

Buah Ackee harus dibiarkan masak di pokok sebelum dipetik kerana tidak sesuai untuk dimakan sebelum buahnya benar-benar masak. Buah Ackee boleh menyebabkan apa yang digelar Sakit Muntah Jamaica yang boleh membawa kepada koma atau kematian. Ini disebabkan buah Achee yang belum masak mengandungi racun yang dipanggil hypoglycin, jadi penyedia harus berhati-hati untuk menunggu sehingga kulit buah ini menjadi merah dan terbuka secara semula jadi. Setelah dibuka, satu-satunya bahagian yang boleh dimakan adalah arilli kuning, yang melingkari biji hitam yang bertoksik. Dengan semua risiko yang yang terdedah di sekitar buah ini ternyata tersembunyi ganjaran yang lazat. Ia menjadi hidangan kebangsaan Jamaica iaitu Ackee dengan ikan kod. Selain itu, benih kering, buah, kulit kayu, dan daun pokok ini digunakan oleh masyarakat sebagai bahan perubatan.

Pisang Belukar Australia/ Bush Banana
Marsdenia australis, yang dikenali sebagai pisang belukar, pir seperti sutera pokok anggur hijau merupakan tumbuhan asli Australia. Ia didapati  Australia Tengah dan di seluruh Australia Barat. Ia adalah makanan Orang Asli Australia. Bush Banana merupakan tumbuhan asli Australia. Ia didapati  Australia Tengah dan di seluruh Australia Barat.
Marsdenia australis mempunyai banyak nama-nama yang berbeza dalam bahasa-bahasa Orang Asli. Dalam bahasa Arrernte di Australia Tengah ialah merne alangkwe /elonka, merne ulkantyerrknge dan altyeye merne. Dalam Karrajari, Nyulnyul dan Yawuru ia dipanggil 'Magabala'. Ia boleh dimakan kecil atau sudah besar. Buah-buahan kecil dipanggil amwerterrpe. Disebut juga sebagai Kalgoorlie di Australia Barat.

Pisang belukar dimasak dalam tanah yang panas di tepi api atau dimakan mentah ketika muda (rasa sama seperti kacang segar). Akar tumbuhan ini dipanggil Merne atnetye juga boleh dimakan mentah atau dimasak. Akar berwarna sangat putih dimasak dalam tanah pada penutup panas api. Semua bahagian pada pisang belukar  bermula batang, akar dan daun boleh dimakan.

Tumbuhan ini penting bagi Orang Asli Australia ketika berada di kawasan gurun. Makanan yang sering digambarkan dalam seni Orang Asli semasa, terutama lukisan tentang 'bush tucker', serta lukisan 'Bush Banana Dreaming'.

Myrica Rubra
Myrica Rubra
Myrica rubra, juga dikenali sebagai Yangmei, Cina Bayberry, Bayberry Jepun, Red Bayberry, atau strawberi Cina adalah pokok subtropika ditanam untuk manis, merah ke ungu-merah gelap, buah-buahan yang boleh dimakan. Ia berasal dari Asia timur, terutamanya di China.


1 comment:

Hasmadi said...

Tumpang Iklan Untuk
Baja Foliar Terbaik EziGrow

Senarai Pengedar Pun Ada
SenangTumbuh.blogspot.com
Hotline 0194551036