Wednesday 29 June 2016

Siri Masakan Mudah - Kerepek Pisang Tanduk

Resepi Kerepek Pisang

Bahan-bahan:
1.  1 1/2 kilo pisang tanduk yang hijau *pisang hijau yang belum masak tetapi tidak kelat
     (dapatlah dalam 6-7 biji pisang)
2.  Minyak untuk menggoreng
3.  Sedikit garam
4.  Sedikit kunyit serbuk


Cara-caranya:

1.  Panaskan minyak di dalam kuali (minyak kena banyak untuk deep fry ok)
2.  Buang kulit pisang dan hiris menggunakan pemotong sayur etc mengikut bentuk yang digemari(bulat atau memanjang).  Potong nipis tau.
3.  Bila minyak dah panas, masukkan sedikit kunyit dan garam ke dalamnya supaya kerepek kelihatan berseri kekuningan.
4.  Masukkan pisang yang telah dihiris satu per satu supaya tidak melekat atau boleh hiris terus ke dalam kuali.  Kacau semasa menggoreng.
5.  Apabila pisang telah kelihatan kuning, angkat dan toskan di atas tisu supaya minyak diserap oleh tisu tersebut.  Sejukkan dan simpan di dalam botol kedap udara.
6.  Sekarang kerepek pisang anda telah siap sedia untuk dimakan.


Selamat mencuba.

No comments: